Berita Terkini
-
17May
Ulasan Dan Pandang Pertama HTC One V
Pada tahun ini, HTC telah memperkenalkan keluarga baru peranti Android daripada mereka, dikenali sebagai HTC One. Dan melaluinya, beberapa peranti telah diperkenalkan, termasuk HTC One X dan juga HTC One V. Walaupun kami masih belum berpeluang mencuba HTC One X sehingga kini, ia tidak menghentikan kami daripada menguji beberapa fungsi baru yang disertakan oleh HTC melalui HTC One V.
-
16May
iPhone Baru Akan Didatangkan Dengan Skrin Bersaiz 4-inci?
Seperti pada tahun lepas, kini ura-ura dan laporan awal daripada beberapa sumber, termasuk oleh Wall Street Journal dan juga Reuters mengatakan dimana skrin iPhone baru kelak akan lebih besar daripada sedia ada, bersaiz sekurang-kurangnya 4-inci, berbanding apa yang digunakan sekarang, sekadar 3.5-inci.
-
16May
Firefox Beta Untuk Android Memperkenalkan Antaramuka Baru
Bagi para pengguna Android, terdapat beberapa pilihan pelayar web untuk mereka, dan salah satunya adalah daripada Mozilla, iaitu Firefox untuk Android. Setelah mereka menguji rekabentuk antaramuka baru pelayar web pada saluran pembangun sebelum ini, kini ia diperkenalkan kepada semua melalui Firefox Beta.
-
16May
Ghost Recon Alpha – Filem Pendek Daripada Ubisoft Untuk Permainan Ghost Recon
Dalam usaha untuk mempromosi akan permainan video akan datang daripada Ubisoft, iaitu Ghost Recon : Future Solder, kini melalui saluran YouTube milik mereka, Ubisoft menyediakan sebuah filem pendek selama 24 minit, dengan tajuk Ghost Recon Alpha.
-
16May
Mozilla Marketplace Untuk Linux Akan Diperkenalkan Sedikit Lewat Berbanding Windows
Walaupun Mozilla merupakan projek sumber terbuka seperti Linux dan berkongsi pelbagai visi yang sama, namun, nampaknya Mozilla Marketplace yang bakal dilancarkan oleh mereka dalam masa terdekat ini hanya akan menyokong Windows dan Mac terlebih dahulu, sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna Linux.
-
16May
Seramai 78% Pengguna Malaysia Mengakui Menggunakan Perisian Cetak Rompak
Dalam perkembangan ICT pada masa kini, walaupun terdapat pelbagai perisian sumber terbuka dan percuma, salah satu perkara yang sukar dikawal adalah penggunaan aplikasi dan perisian cetak rompak. Melalui kajian terkini yang dilakukan oleh BSA, ia memperlihatkan seramai 78% pengguna komputer di Malaysia mengakui menggunakan perisian cetak rompak.
-
16May
Samsung Galaxy S3 Bakal Dipertontonkan Di Malaysia Pada 24 Mei
Akhirnya, lebih pantas daripada apa yang disasarkan, Galaxy S3 bakal dipertontonkan secara rasminya di Malaysia pada 24 Mei ini. Perkara ini sekaligus memperlihatkan perhatian yang diberikan oleh Samsung kepada pasaran Malaysia, dengan menjadikan Malaysia antara negara terawal menerima peranti tersebut.
-
16May
Selepas Instagram, Kini Pasukan Disebalik Aplikasi Lightbox Photos Menyertai Facebook
Dengan IPO yang semakin hampir, Facebook terus menambah syarikat portfolio dibawah mereka, dimana terkini, mereka telah mengambil-alih syarikat disebalik Lightbox. Untuk makluman, Lightbox merupakan salah satu aplikasi gambar untuk Android dan juga platform HTML5, dan mempunyai jutaan pengguna untuknya.
