Archive for June 2008
-
Blogger in Draft Memperkenalkan Fungsi Baru
Google terus-menerus menaik taraf perkhidmatan hosting blog percuma mereka dari semasa ke semasa. Ketika UNiSEL kecoh mengenai pemecatan Naib Canselornya, Blogger in Draft mempersembahkan ciri-ciri Blogger yang baru dan juga pelbagai bug fixes. Kini, anda boleh memilih Blogger in Draft sebagai panel utama (dashboard) anda dan mengikuti perkembangan Blogger in Draft secara terus. Selain daripada [...]
-
ICANN Memperkenalkan TLD Persendirian
ICANN bakal memberi peluang kepada syarikat-syarikat gergasi untuk menggunakan TLD (Top Level Domain) mereka sendiri. Antara contoh TLD yang diperkatakan adalah .ibm dan .ebay. Perkara ini akan banyak membantu syarikat-syarikat gergasi untuk membina jenama mereka sendiri. Walaubagaimanapun, untuk memperolehi TLD mereka sendiri, ianya akan mengenakan bayaran antara $100,000 hingga $500,000.
-
Symbian Ke Arah Sumber Terbuka
Nokia hari ini mengumumkan akan membayar $410 juta untuk memiliki saham-saham syarikat pembuat perisian smartphone, Symbian. Nokia juga bercadang untuk membuat perisian Symbian percuma, dimana pembuat telefon bimbit tidak perlu membayar sebarang royalti jika ingin menggunakan perisian tersebut. Ini sekali gus akan menjadikan Symbian salah satu perisian sumber terbuka dan menjadikan persaingan antara syarikat pembuat [...]
-
WordPress 2.6 Beta 1 Boleh di Muat Turun
Baru selepas beberapa bulan pihak WordPress mengeluarkan versi 2.5, kini WordPress 2.6 versi beta telah pun dilepaskan. WordPress 2.6 dijangka dikeluarkan pada pertengahan bulan Julai 2008. Bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum orang lain, anda boleh memuat turunnya sekarang. Antara perkara yang telah dinaik taraf ialah: Theme preview sama seperti di laman WordPress.com jQuery [...]
-
Command & Conquer : Red Alert 3 Bakal Keluar Akhir Tahun 2008
Bagi peminat permainan strategi (RTS / Real-Time Strategy), mungkin anda sedang menunggu dua permainan strategi yang dijangka bakal dikeluarkan dalam tahun ini iaitu Starcraft 2 dan juga Red Alert 3. Siri Command & Conquer: Red Alert terhenti sejak keluaran terakhirnya, Yuri’s Revenge pada tahun 2001. Red Alert 3 akan dikeluarkan oleh Electronic Arts untuk platform [...]
-
70 Weblog Paling Popular di Malaysia
Sama seperti tahun-tahun lepas, Syed Syahrul mengeluarkan kembali data-data 70 Weblog Paling Popular di Malaysia. Tidak seperti tahun-tahun lepas yang mana kajian dilaksanakan menggunakan data-data dari Technorati, tahun ini, kajian dibuat berdasarkan data daripada Alexa sahaja. Ini adalah disebabkan oleh data daripada Technorati yang dianggap tidak releven lagi. Perkara yang sama dilakukan oleh pihak WordPress [...]
-
Che Det Kini Menggunakan Movable Type
Setelah beberapa bulan menggunakan Blogspot sebagai perkhidmatan untuk menulis blog, Tun Mahathir terpaksa beralih dan menggunakan servis hosting beliau sendiri. Ini disebabkan oleh pihak Blogger yang mengklasifikasikan blog beliau sebagai blog spam pada 19 Jun yang lalu. Walaupun pihak beliau telah membuat beberapa rayuan, ianya tidak diterima. Ini mungkin salah satu keburukan bergantung kepada hosting [...]