30Jun

Blogger in Draft Memperkenalkan Fungsi Baru

Google

Google terus-menerus menaik taraf perkhidmatan hosting blog percuma mereka dari semasa ke semasa. Ketika UNiSEL kecoh mengenai pemecatan Naib Canselornya, Blogger in Draft mempersembahkan ciri-ciri Blogger yang baru dan juga pelbagai bug fixes. Kini, anda boleh memilih Blogger in Draft sebagai panel utama (dashboard) anda dan mengikuti perkembangan Blogger in Draft secara terus. Selain daripada itu, ciri-ciri menarik yang baru diperkenalkan adalah:

Star Rating
Kini anda boleh memasukkan ciri sama seperti blog aMaNz, dimana meletakkan Star Rating dan ketahui kepopularan sesuatu artikel.

Backup Artikel dan Komen
Anda boleh memuat-turun data-data mengenai blog anda seperti artikel dan komen melalui satu fail, dan memuat-naiknya kembali sekiranya blog anda menghadapi sebarang masalah.

Tempat Komen di bawah Artikel
Setelah sekian lama ramai pengguna menginginkan fungsi ini, akhirnya Blogger memperkenalkannya. Kini pembaca tidak lagi perlu ke muka khas untuk memberikan komen, kerana mereka boleh melakukannya di bawah artikel anda sama seperti WordPress.

Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi ini masih dibawah Blogger in Draft yang bermakna, ianya masih dalam peringkat percubaan, dan mungkin terdapat berberapa permasalahan yang masih tidak diketahui.


Analytics Memperkenalkan Fungsi-Fungsi Baru
Google dan Plaxo Memperkenalkan Perkongsian Identiti
Pelayar Chrome Beta Untuk Mac Di Lepaskan
Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?
Evolusi Muka Hadapan Tiga Laman Popular Dunia Diperlihatkan

3 Komen

  1. mazudi pada 01 Jul 2008

    Menarik.
    Tapi saya dengar masih banyak jugak fungsi yang sedia ada yang dia tak masukkan.
    Namanya pun draft. Mungkin lepas ni dia akan jadi lebih baik dari yang lain.

  2. melayubuntu pada 01 Jul 2008

    ooo…bagus2..
    komen bawah post 2 mmg aku tunggu..haha

  3. titan pada 03 Jul 2008

    hoho. betul..tempat komen di bawah post…jika dibuat..memang best!


Tinggalkan Komen Anda