Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bagi peminat permainan strategi (RTS / Real-Time Strategy), mungkin anda sedang menunggu dua permainan strategi yang dijangka bakal dikeluarkan dalam tahun ini iaitu Starcraft 2 dan juga Red Alert 3.
Siri Command & Conquer: Red Alert terhenti sejak keluaran terakhirnya, Yuri’s Revenge pada tahun 2001. Red Alert 3 akan dikeluarkan oleh Electronic Arts untuk platform PC, Xbox 360 dan PlayStation 3. Tetapi, pada Februari 14, 2008, pihak EA telah mengumumkan Red Alert 3 untuk platfom PlayStation 3 ditunda buat sementara waktu.
Red Alert 3 mengambil kisah dimana selepas peristiwa Red Alert 2, pihak Soviet Union merancang untuk membunuh Albert Einstein dengan merentasi masa. Mereka berharap, dengan membunuh Albert Einstein, mereka boleh mengubah sejarah disamping menjadikan Soviet Union kuasa terbesar di dunia. Walaubagaimanapun, ketika menjalankan misi, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, dimana evolusi teknologi telah mengakibatkan pertumbuhan kuasa baru di timur, yang dikenali sebagai Rising Sun (Jepun). Dan akhirnya, ini telah mengakibatkan perang dunia ke-3 tercetus.
Red Alert 3 diumumkan oleh pihak EA pada Disember 2004, selepas mengeluarkan permainan Lord of the Rings : The Battle of Middle Earth. Walaubagaimanapun, berita mengenainya tidak diketahui sehingga baru-baru ini ianya diumumkan kembali oleh pihak EA.
Red Alert 3 dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun ini, dan para peminat Red Alert boleh mencuba versi betanya melalui laman rasmi mereka.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tak tahu pc aku leh masuk ke game ni..x pernah try
Macam best je.. x pasal2 aku excited nk main game nih..
akhirnya… dah jemu gile babeng nak main red alert 2 / yuri revenge.. akhirnya kuar gak RA3… hoyeeh!!
best nih..RA2 aku dah khatam…tunggu yang nih pulak…mesti graphic dia gempax habes
Aku dah lama tunggu 2 game tu. Memang aku main sampai habis punye. haha..