15Jun

Kerjasama Strategik Antara Google dan Yahoo!

Google, Yahoo!

Google Yahoo Deal

Selepas kegagalan Microsoft untuk memperolehi Yahoo!, kini pihak Yahoo! telah memeterai perjanjian bersama Google untuk menyediakan iklan bagi para pengguna Yahoo! daripada US dan Canada melalui program Google Adsense.

Selain daripada itu, Google dan Yahoo! juga akan menaik taraf perisian IM masing-masing (GTalk dan YM!) dimana para pengguna kedua-dua IM boleh berhubung antara satu sama lain. Sebelum ini, Yahoo! telah bekerjasama bersama Microsoft dimana kini, para pengguna YM! boleh bersembang dengan rakan MSN dengan hanya menggunakan satu perisian sahaja.

Melalui kerjasama ini juga, para pengguna dan pengiklan mendapat beberapa kelebihan iaitu:

    Para pengiklan boleh menyampaikan iklan mereka kepada para pengguna yang lebih spesifik (mengikut lokasi) dan meningkatkan hasil jualan mereka
    Para pengguna IM kedua-dua gergasi internet ini boleh berhubung antara satu sama lain tanpa menukar persian

Kerjasama strategik antara dua gergasi internet ini mungkin merupakan satu tamparan hebat terhadap Microsoft yang gagal memperolehi Yahoo! pada tempoh hari. Mungkin para pengguna Yahoo! daripada negara lain masih dapat melihat iklaneka Yahoo! Search Marketing, jadi para pengiklan tempatan yang menggunakan YSM tidak perlu panik dengan kenyataan Yahoo! yang terbaru ini.


Yahoo! Mash Bakal Di Tutup Pada 29 Sept
Google Chrome 0.3.154.0 Boleh Di Muat Turun.
Fungsi Menterjemaah Laman Web Pada Google Reader
Google Bakal Memperkenalkan Cloud-Printing
Google Reader Dengan Antaramuka Baru Dan Integrasi Google+ Diperkenalkan

4 Komen

  1. copernicus pada 08 Jul 2008

    pergh! kerjasama dua gergasi besar internet! memang sungguh mengkagumkan! :)

    mungkinkah nanti: google + yahoo! = goohoo! ???

    • safar pada 19 Sep 2009

      Yagoohoo lebih baguslah……..

  2. Adney pada 18 Oct 2009

    google + yahoo = OneAdney….. kah3……… :p

  3. Oh, maknanya Google Adsense tu projek Yahoo dan Google la ek? Bukan Google sorg2?? :)


Tinggalkan Komen Anda