18Jun

Mozilla Firefox 3 Di Lancarkan

Perisian, Sumber Terbuka

Mozilla Firefox yang terkini iaitu Firefox 3 adalah salah satu pelayar web yang digunakan ramai yang di asakan dari platfom Gecko 1.9. Firefox 3 telah dibangunkan sejak 34 bulan yang lalu untuk memenuhi kehendak pengguna dan web yang makin hari makin meningkat naik.

Firefox 2
Antaramuka Firefox 2

Firefox 2
Antaramuka Firefox 3

Hasil daripada pembangunan yang begitu lama, Firefox 3 datang dengan prestasi dan keselamatan yang lebih terjamin, mudah digunakan dan beberapa perkara yang menarik seperti:

    Satu Klik Untuk Info : Anda hanya perlu klik pada favicon sesuatu laman web untuk mendapatkan informasi mengenai laman berkenaan.

Firefox 3 Sekuriti
Sekuriti Firefox 3

    Keselamatan Lebih Terjamin : Kini anda lebih terjamin daripada malware, trojan, dan segala jenis ancaman yang membahayakan. Malah melalui versi Firefox 3 ini, ianya diintegerasi sepenuhnya dengan sistem antivirus anda dimana ianya akan memberitahu program antivirus anda setiap kali anda memuat turun fail berformat arkib (zip, rar, tar)
    Pengurus Muat-Turun Yang Memenuhi Cita Rasa Pengguna : Kini, dengan pengurus muat turun yang baru, memudahkan anda membuka fail yang telah dimuat turun selain daripada kemampuan untuk resume muat turun anda sekiranya capaian anda kepada internet terputus ketika sedang memuat turun. Suatu fungsi yang amat menarik.

Firefox 3
Firefox 3

    Fungsi Tab Yang Boleh diScroll : Kini anda boleh melihat tab-tab baru yang anda buka dengan lebih efisyen dan lebih mudah.
    Prestasi dan Kelajuan Yang Telah di Tingkatkan : Enjin javascript yang telah dinaik taraf membolehkan prestasi Firefox 3 mencapai tahap maksimum. Contohnya, berbanding dengan Firefox 2, kini anda boleh membuka GMail anda dua kali lebih laju dan menjimatkan masa. Selain daripada itu, penggunaan memori juga amat kurang berbanding dahulu.

Walaubagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya mengapa saiz fail pemasangan Firefox 3 ini meningkat dari hari ke hari. Hal ini berlaku disebabkan oleh penambahan kod-kod baru selain sekuriti dan sebagainya.


Mozilla Thunderbird 3 Di Lepaskan
IE9 Preview 2 Di Lepaskan Microsoft
Pembangunan Chromium Mencecah Angka 6.0
RIM Dalam Perbincangan Awal Untuk Melancarkan BlackBerry Music?
Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

8 Komen

  1. xeRo pada 18 Jun 2008

    icon di toolbar kurang menarik :( haha.. dan listing di address bar agak berserabut..

  2. Norhafidz pada 22 Jun 2008

    Dah download. Overall, better than the previous version. Pantas dan ikon-ikon yang menarik.

  3. apis17 pada 22 Jun 2008

    interface back dia nak sama cam ie7 je..

  4. copernicus pada 10 Jul 2008

    mozilla firefox versi 3 sememangnya ‘superb’! :D
    sebelum ini, saya menggunakan IE7… sememangnya terasa benar akan perbezaan di antara keduanya…
    yang paling puas hati… bab ‘keselamtan yang lebih terjamin’ dan ‘kelajuan dan prestasi yang telah ditingkatkan’.
    terima kasih aman, di atas perkongsian yang agak menarik ini… :D


Trackbacks/Pingbacks

  1. aMaNz » OpenSUSE 11 Setanding Fedora dan Ubuntu
  2. aMaNz » Rekod Dunia Firefox 3 Di Umum Secara Rasmi
  3. Internet Explorer 8 Beta 2 Menemui Para Pengguna

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader