17Jun

PDF Dengan Flash Melalui Acrobat 9

Perisian

Sudah sekian lama Adobe tak mengeluarkan versi terbaru perisian Acrobat mereka. Versi Acrobat yang terbaru iaitu Adobe Acrobat 9 telah pun boleh didapati daripada laman rasmi mereka kini. Apa yang menariknya dalam versi terbaru ini ialah, kini pengguna boleh menambah video berformat flash atau sebarang program berkaitan flash dalam fail PDF (Portable Document Format) mereka.

Adobe Acrobat 9Selain daripada itu, melalui versi Acrobat yang terbaru ini juga, pengguna boleh membuat borang (form) dengan lebih mudah melalui Form Wizard, dimana pengguna boleh menambah text box, check box dan juga radio button.

Dan semestinya untuk membuka fail berformat PDF ini anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader yang terkini yang mungkin dikeluarkan oleh pihak Adobe dalam masa terdekat. Anda juga boleh menghasilkan fail berformat PDF melalui OpenOffice.org ataupun menggunakan perisian tambahan yang dipasang pada Microsoft Word.


Pelayar Web - Chrome 2.0.171.0 Di Lepaskan
Kemaskini Aplikasi Lebih Pantas Dengan Courgette
Thunderbird 6 Dilancarkan - Kini Menggunakan Enjin Gecko 6
Firefox 13 Aurora Didatangkan Dengan Rekabentuk Halaman Tab Baru
Aplikasi My First Iqra Memudahkan Pembelajaran Sebutan Tulisan Arab

1 Komen

  1. copernicus pada 10 Jul 2008

    menarik juga ya… setelah membuat sedikit carian tentang adobe acrobat ni… ia sememangnya ‘tool’ yang agak berguna kepada para penggiat IM yang serius. mungkin… nanti-nanti… saya juga mahu memilikinya…! :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader