20Jun

Yahoo Mail di Dua Domain Baru

Yahoo!

Yahoo Mail

Yahoo! Inc kini mula menawarkan perkhidmatan emel percumanya melalui dua lagi nama domain pilihan iaitu YMail.com dan juga RocketMail.com. Masing-masing juga akan menawarkan ciri-ciri yang sama seperti Yahoo! Mail biasa tetapi, cuma berbeza dari segi domain sahaja.

Yahoo! mula menawarkan perkhidmatan emelnya setelah memiliki RocketMail dengan harga $80 juta. Sejak daripada itu, Yahoo! terkenal dengan perkhidmatan emel percuma mereka yang mana kini memiliki lebih daripada 266 juta pengguna.

Laman Daftar RocketMail
Laman Daftar RocketMail

Walaubagaimanapun, pengguna yang meningkat naik dari hari ke hari telah menyebabkan pengguna berasa sukar untuk memikirkan nama pengguna untuk emel mereka disebabkan kebanyakkannya telah diambil orang. Untuk mengatasi masalah ini, kini Yahoo! membolehkan pengguna mendaftar alamat emel baru dibawah dua lagi nama domain iaitu YMail dan juga RocketMail.

Ketika mula-mula menawarkan perkhidmatan emelnya, Yahoo! cuma memberikan ruang sebanyak 3 Mb sahaja, tetapi Google telah menukar keadaan ini apabila mula menawarkan ruangan sebanyak 1 Gb pada tahun 2004 ketika ia memperkenalkan GMail. Kini, Yahoo! memberikan ruangan tanpa had, manakala Google memberikan ruangan lebih daripada 6 Gb.


GeeMail - Aplikasi Desktop Untuk GMail
Yahoo! Messenger 10 Di Lepaskan
Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Yahoo! dan Twitter Mula Bekerjasama
Antaramuka Baru Yahoo! Mail Lebih Menarik

5 Komen

  1. Fahmishah pada 21 Jun 2008

    aku lebih prefer Gmail sebab x banyak iklan yang mengganggu

  2. dauz pada 15 Jul 2008

    bleh masuk ke yahoo mssenger sama ke??

  3. ABU pada 20 Jun 2009

    banyak kali jalan sangkut sangkut


Trackbacks/Pingbacks

  1. yMail.com dan rocketMail.com - Sudahkah Anda Mendaftar? PERCUMA!!! - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader