Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Media pengiklanan internet di Malaysia sudah semakin “tepu” dengan beberapa pilihan kepada para penulis blog dan juga pembangun laman web. Berikut merupakan beberapa laman web pengiklanan tempatan yang mungkin anda boleh bookmark untuk rujukan.

Satu-satunya media pengiklanan internet di Malaysia yang mempunyai status MSC. Innity dimulakan pada tahun 1999 sebagai syarikat yang menawarkan rekabentuk dan pembangunan web, dan bertukar ke arah syarikat pengiklanan dalam talian tidak lama kemudian. Kini mereka menguruskan pengiklanan di beberapa laman terkemuka seperti Gua dan laman-laman MediaPrima – TV3, ntv7, TV8, TV9.

Laman pengiklanan yang ditujukan khas untuk para penulis blog. Dimulakan pada tahun 2007 oleh dua orang rakan – Timothy Tiah and Cheo Ming Shen dan sehingga kini terdapat lebih 40,000 orang penulis blog yang mendaftarkan diri mereka kepada Nuffnang. Sering membuat perhimpunan dikalangan blogger dengan memberi tiket wayang percuma.

Dilancarkan pada tahun 2007 oleh Josh Lim & Associates. Sama seperti Nuffnang, Advertlets juga ditujukan khas untuk penulis blog. Pernah membuat beberapa perhimpunan seperti Rantai 07 dan yang terbaru ialah Barcamp Malaysia 08. Lebih bersifat mendekati blogger.

Dimulakan dengan nama Nufflets sebagai alternatif kepada Nuffnang dan juga Advertlets dan kemudian bertukar nama kepada GoKita untuk membangunkan identiti tersendiri. Bayaran dilakukan dalam bentuk dollar US, dan bonus USD15 diberikan ketika pendaftaran. Menawarkan pengiklanan dalam bentuk teks.

AdBizzy adalah laman pengiklanan pertama yang menyokong MySpace disamping laman-laman blog yang lain. Membuat pembayaran apabila mencukup RM25 melalui bank-bank online terpilih. Rekabentuk laman dan logo perlu diberi lebih perhatian oleh pembangun laman berkenaan sekiranya ingin memenangi keyakinan pengguna.

GrabMyAds kelihatan kurang serius dalam bidang pengiklanan internet ini kerana blog mereka masih tidak dikemaskini sehingga sekarang sejak daripada bulan Februari. Mempunyai sistem yang agak baik kerana membuat bayaran mengikut iklan yang dimainkan dan mengikut posisi iklan tersebut diletakkan di laman atau blog anda.

Adz100 adalah satu-satunya laman pengiklanan yang menghubungkan para penulis blog dengan pengiklanan dan penulis blog boleh menyimpan 100% keuntungan daripada jualan ruangan di laman mereka. Dibangunkan oleh Netizens Media yang dahulunya merupakan media pengiklanan yang ke-5 di Malaysia.

Buat masa ini, AlternateAd Network hanya menguruskan pengiklanan di laman HarakahDaily sahaja dan dijangka pada masa akan datang mereka akan membuka peluang kepada para pembangun laman. Ini adalah kerana laman Versi 2 mereka yang masih dalam pembangunan menunjukkan beberapa perubahan drastik yang akan dilakukan. Walaubagaimanapun, rekabentuk Versi 1 lebih menarik berbanding Versi 2. Buat masa ini, laman ini masih dalam peringkat beta tertutup.
41 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
wahhhhh ada banyak ek. aku tahu dua adjer. hehe
saya tahu tiga aja sebelum ni… huhuhu…
wah, banyak rupanya2. Thanks amanz for the info. I’ll bait and blog this one too
wow, time kasih bang
no problem..
ade yg akoo tahu. ada yang akoo xtahu. tp yg pasti adbizzy akoo menyampah. asyik spam inbox akoo je. akoo cari butang2 nk unscribe xleh lak. nk reset paswd pun xleh. sadis.
sebelum ni memang saya tak pernah dengar adbizzy ni… dan, mungkin taknak dengar lagi dah… sekaligus, taknak guna!
thanks Thinker!
spam..? mungkin terdesak kot..haha
aku dah daftar dulu. sampai sekarang aku tak leh log in dan sebagainya. hampeh sikit adbizzy. mmg perlu major renovation baru ok.
Google Adsense rocks! ha ha.. lantak la off-topic pun..
bape ari da ko nyer maintenance…dah lama..
wah… banyaknya ya…
terima kasih aman di atas perkongsian ini…
no problem..
Banyak memang banyak. Tapi mana yang amanz prefer? Takpun mana yang agak bagus untuk dicuba?
aku rasa innity..haha..tapi nak dapat approve konfirm payah..haha..
affiliate lah best mael. google adsense dah x rawks. haha.
model iklan secara PPC mmg dah tak rocks dan tepu. dah tak boleh nak harapkan sngt. aku ada baca post dr blogger yg otai, dia kata blog yang letak iklan style PPC ni biasanya blog murahan dan picisan. entahlah… tapi bagi aku tak salah nak letak iklan asalkan susunannya cun…
adsense pun PPC gak..huhu..dan ramai “otai” kata Google Adsense rocks..
masing-masing ada cara yang tersendiri…
subjektif bab ni…
haha..tapi aku still prefer dengan nuffnang. sebab ini aje yang bayar aku. yang lain lum lagi..
aku masih sedang menunggu cek..dah dekat sebulan..haha
Oo.. banyak lagi rupanya.
Tapi, aku masih berusaha lagi ni camana nak dapatkn income yg betul betul menjadi dari media pengiklanan dorang ni. Aku pakai Nuffnang jer.
Adsense mana boleh masuk dalam list ni..
Kalau Adwords baru btol..dan kalo pandai guna..memang rock abes..
kau tak comment pun yang mana lebih bagus, nak jugak aku tahu kau prefer yg mana satu
cam tak brape minat ar ngan yang tempatan nyer..aku tunggu cek, dah dekat dua bulan, tak sampai-sampai lagi..haha
tapi, kalo suh pilih gak, aku amik advertlets kot..
advertlets tipu aku la…. dh 3 bulan tunggu bayaran… hampeh… Nuffnang je terbaik… innity, aku x kuar duit lagi..haha…
salam aman,
banyak rupanya, tapi kalau yang local ni aku prefer nuffnang lah, so far dah dapat cek dari diaorang.
Setakat gokita dengan adverlets tu dah macam-macam komplen di terima.
adverlets hutang ngan aku hampir RM1000.. jgn terpedaya dengan janji2 kosong mereka… aku menyampaikan dengan rasa penuh bertanggungjawab pada semua blogger melayu di Malaysia… tq
Hahaha! Memang betul!
Advertlets sekarang is the worst advertising company in Malaysia.
tapi ridzuan richie tu dapat pulak bayaran advertlets… pelik tul la… mungkin advertlets pilih bulu kot.. haha
byk rupanya ek…thanks for the info
Aku cuma tau 3… nuffnang, advertlets and grabmyads… pernah gak cuba grabmyads tapi macam tak hidup jer..so now concentrate on nuffnang je la…
Aku rasa innity tu macam advertising agency, cuma derang agak aggressive dari segi mengiklankan klien derang online. Bila ada klien, derang guna Adverlet & Nuffnang gak…
dari segi bayaran dapat pastikan ke
Banyak sudah berkubur .. huhu