08Jul

Adobe Reader 9 Di Keluarkan

Perisian

Setelah memperkenalkan Acrobat 9 beberapa minggu sebelum ini, kini ianya telah melancarkan Adobe Reader 9. Adobe Reader 9 adalah salah satu perisian yang dapat membaca fail-fail berformat PDF selain daripada Fox-It Reader.

Jikalau Acrobat 9 mempunyai kebolehan untuk memasukkan fail berformat flash kedalam fail PDF, Reader 9 pula telah dinaik taraf untuk membolehkannya ianya membaca fail-fail interaktif seperti flash. Mungkin tidak lama lagi, beberapa ebook akan memasukkan fail berformat flash didalamnya.

Selain daripada itu, Reader 9 juga dimasukkan dengan fungsi FIND sama seperti di dalam NotePad dan juga Mozilla. Para pengguna kini boleh membuat carian secara terus pada fail PDF ketika menggunakan Reader 9.

Kedudukan tab Find pada Adobe Reader 9
Kedudukan tab Find pada Adobe Reader 9

Selain daripada itu, kini para pengguna boleh mengisi borang berbentuk PDF secara online ataupun offline dan menghantarnya terus hanya melalui Reader 9. Anda kini tidak lagi perlu untuk menghantarnya sebagai fail sampingan (attachment) melalui emel anda.

Acrobat.comDari Reader 9, anda boleh terus ke Acrobat.com dimana disana anda boleh membuat sehingga 5 fail PDF secara percuma, dan berkongsi bersama rakan, ataupun berkongsi skrin anda bersama rakan melalui Adobe ConnectNow.

Malah pelbagai lagi perkara-perkara menarik yang telah dinaik-taraf dalam Reader 9. Muat-turun Reader 9 anda secara percuma hari ini.


Google Instant Di Integrasikan Pada Google Chrome
Pembangunan Pelayar Web Chromium 16 Dimulakan
Yes Life Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Android Market
Tonton Saluran Televisyen Dan Dengar Radio Tempatan Terus Melalui iPhone Anda
3 Saluran Menarik Untuk Mengikuti Tutorial Photoshop Di YouTube

13 Komen

  1. chot pada 08 Jul 2008

    kejapnya..rasa mcm baru aku guna versi 8

    • copernicus pada 08 Jul 2008

      iyalah chot. ada sahaja versi-versi baru ni ya… :D

  2. Fahmishah pada 08 Jul 2008

    walla! kena donlod ni.huhu aku bab2 update ni x amik port sangat.firefox pon pakai versi 2 nye

    • admin pada 10 Jul 2008

      awat tak upgrade firefox 3 lagi?

  3. copernicus pada 08 Jul 2008

    terima kasih aman. memang menarik sungguh perkongsian kali ini. :D

    terutamanya… bab ada fungsi ‘find’ tu. saya memang menunggu-nunggu fungsi ini ada pada adobe reader! walla! terkabul! yosh! :D

    p/s: oh ya aman, nak cadang…: kalau boleh ‘add’kan ‘plugin’ yang membolehkan ‘user track’ komen-komen terkini di ‘post’ yang dia komen, terus melalui emel… seperti pernah Shuth cakap dulu… fungsi ini telah meningkatkan lebih 20% traffik blognya! :D

    • admin pada 10 Jul 2008

      owh..tue..nanti aku tambahkan..

      • copernicus pada 10 Jul 2008

        ah-ha! nanti… lagi tinggilah traffik laman blog ni ya…! :D

  4. apis17 pada 09 Jul 2008

    pc lama leh pakai ke?

    • copernicus pada 09 Jul 2008

      lama mana tu… :) rasanya… boleh guna juga… cuba dulu.

  5. howshouse pada 09 Jul 2008

    macam baru saja sesuaikan diri dengan versi 8, dah ade reader 9? cepatnye…kena download lah ni.

    [howshouse.com]

    • admin pada 10 Jul 2008

      takde banyak perubahan, cuma dia tambah beberapa fungsi baru..

  6. alone pada 10 Jul 2008

    dah keluar yang baru rupanya.. cepat betul..

    menarik..

    thanks for info, aman :wink:

    • admin pada 10 Jul 2008

      subscribe tuk lagi info-info menarik..huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader