-
AdToReal Memasuki Pasaran Pengiklanan Internet
Baru beberapa hari yang lepas saya menulis mengenai beberapa media pengiklanan internet tempatan. Kini, menjadi syarikat yang ke-9, AdtoReal, memasuki pasaran tempatan.

Contoh Iklan AdToRealBerbeza dengan beberapa syarikat yang lain, AdtoReal menggunakan OpenX untuk mengawal dan menguruskan pengiklanan. Selain daripada itu, saiz iklan yang ditawarkan buat masa ini ialah 468×60. Malah buat permulaan ini, mereka hanya memilih blog yang dibawah angka 2 juta pada Alexa sahaja untuk menyertai sebagai pepamer iklan mereka. Jadi, sudah tentu iklan mereka akan ditayangkan pada blog-blog yang mempunyai pengunjung yang tinggi.
Pengiklan boleh menempah iklan pada mereka dengan kadar RM20 seminggu. Ya, AdtoReal menggunakan tempoh masa seminggu dan bukannya jumlah impression dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya pada sesuatu minggu itu tidak terdapat sebarang pengiklan, maka iklan daripada Google Adsense akan dipusingkan pada waktu itu.
Untuk menguji prestasi syarikat pengiklan ini, saya telah menghantar blog ini, dan mereka telah approve dan memberikan kod tersebut kepada saya. Nampaknya seperti, para pepamer (publisher) tidak mendapat panel mereka untuk menjaga ruang iklan mereka. Kalau tidak silap, rasanya mereka boleh membuat ruangan publisher pada OpenX. Mungkin kerana ianya masih dalam peringkat beta tertutup, beberapa perkara masih dalam pembangunan. Anda boleh melihat contohnya pada bahagian header.
Lagi satu cadangan kepada AdtoReal adalah, mungkin pihak mereka perlu membuang bar dibawah yang bewarna hitam. Ini menunjukkan sedikit tidak professional apabila ianya dibandingkan dengan layout blog yang berwarna cerah.Boleh dibuang setelah bermain sedikit dengan koding.
17 Komen
Trackbacks/Pingbacks
ala ranking aku masih 3 juta lebih… hohohoho
satu klik brapa sen. tp akoo da xminat nk letak ads kat blog. huhu. walau ada hasil. tp akoo bukan blogger sejati. akoo beloger kaki lima sahaja. sedekah cik… rm50!
tak berminat.. errr.. buat masa ini.. (kurang yakin dengan web dan cara penyampaian syarikat ni. Nampak macam biasa sangat)
psstt: someday, aku akan support juga mereka.. tapi dengan janji2 palsu kompeni lain seperti Advertlets (belum bayar duit iklan aku hampir RM1000), membuatkan aku jadi lemah gemalai dengan semua ni..
wow..sampai seribu..aku nyer yang bape ratus pun tak terima cek lagi..nuffnang pun lum antar cek kat aku..huhu
haha..aku tak minat. sekarang, nuffnang je aku leh terima..
hmmm… kenapa tak minat titan ya… boleh kongsi-kongsi dengan rakan-rakan di sini…
sorry to say but… logo nampak murahan..
*siot la.. aku skeptikal dengan identiti/imej satu2 company… first impression really matters!*
haha..btul first impression matters..
most agree! team adtoreal kena betul titikberatkan soal ini…!
klu stakat bukak syarikat semata2 nak kaut keuntungan dr bloggers baik xyah…
buang masa jer…
biasa ar tue..maybe kita yang kena open syarikat kot..haha
haha, sume komen keji. aku nak keji jugak la. aku suka adsense jek. yang lain, bo layan. haha.
haha..sokong ar barangan buatan mesia..
aku dah terima payment dari adtoreal. he he he. kalau tak salah malam tadi duit masuk maybank. hehehe
Salam, kenapa ramai kutuk ni? Musykil aku… Ni mesti advertlets punya pasal, habis rosak susu sebelanga…
Support la sikit, aku rasa benda ni “bumiputera” yang punya… So, bagi la dia peluang cari makan…
Kalau bukan kita nak tolong sape lagi.
adtoreal ni masih baru… nak tengok sejauh mana ia dapat bertahan dan berkualiti…