11Jul

Ask.com Memeterai Perjanjian Dengan Photobucket

Web 2.0

Ask.comAsk.com dan Photobucket telah memeterai perjanjian dimana Photobucket akan menggunakan enjin carian Ask.com untuk carian imej, video dan juga web yang dilakukan di laman Photobucket. Selain daripada itu, iklan daripada Ask.com juga akan ditunjukkan di laman Photobucket.

PhotobucketPhotobucket diperolehi oleh News Corp pada tahun lepas, syarikat sama yang memegang laman MySpace. Walaubagaimanapun, laman MySpace menggunakan enjin carian dan iklan daripada Google. Dalam masa yang sama, Ask.com menggunakan teknologi pengiklanan daripada Google sejak daripada tahun 2004.

Ask.com merupakan enjin carian ke-4 selepas Google, Yahoo! dan MSN Live. Photobucket pula merupakan laman perkongsian imej dan video yang digunakan ramai pengguna di internet selain ImageShack.

Dalam berita lain, Photobucket melancarkan aplikasi photo-sharing khas untuk pengguna iPhone. Aplikasi yang berharga U$4.99 (~RM15) ini membolehkan para pengguna muat-naik gambar dan imej daripada iPhone terus ke laman Photobucket dengan hanya satu klik.


iPhone 4 Putih Seawal 27 Februari?
Undilah - Projek Komuniti Terbaru Pete Teo Bakal Dilancarkan 16 September
Laman Perkongsian MediaFire Akan Kekal Beroperasi Seperti Biasa
Facebook Menguji Paparan Gambar Baru - Menyerupai Laman Google+?
Ikuti Pelbagai Info Berkaitan Umrah Melalui M-Umrah Untuk Android

2 Komen

  1. titan pada 11 Jul 2008

    wa…nampak cam best..

  2. copernicus pada 15 Jul 2008

    saya menggunakan photoBucket. memang ‘best’! :D tapi… tiada iPhone… huhuhu… :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader