Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk memenangi persaingan jumlah penggunaan enjin carian bersama Google, Yahoo! telah melancarkan projek baru yang mana membolehkan sesiapa sahaja membangunkan enjin carian persendirian menggunakan teknologi Yahoo!.

Logo Y! BOSS
Servis tersebut, yang mana dipanggil sebagai BOSS (Build your Own Search Service) membolehkan seseorang membangunkan laman web persendirian dengan memasukkan kotak carian, seterusnya menghantar carian yang dibuat kepada BOSS, dan seterusnya menayangkan keputusan daripada enjin carian Yahoo! mengikut kriteria yang ditetapkan pemilik.
BOSS API (Application Programming Interface) adalah percuma untuk digunakan, walaubagaimanapun, setiap pengguna harus menunjukkan iklan carian (search ads) dilaman mereka.
Antara kebolehan yang ditawarkan oleh BOSS buat masa ini ialah;
Selain daripada itu, pihak Yahoo! juga sedang berkolobrasi dengan syarikat-syarikat internet yang lain supaya dapat mewujudkan sebuah enjin carian yang menarik minat para pengguna. Anda boleh mempelajari lebih lanjut mengenai BOSS Custom di laman utama mereka.
Mungkin ramai yang masih ragu-ragu bagaimana BOSS ini berfungsi. Untuk mendapatkan gambaran awal, anda boleh melayari beberapa laman yang menggunakan BOSS seperti Me.dium, Hakia, Cluzz, dan juga Daylife To-Go.
3 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
yahoo! semakin terasa penangan google ya…
menarik juga persaingan kedua gergasi ini…
di malaysia (baru sahaja saya periksa di alexa tadi…), yahoo! no.1 dan google no.2… huhuhu…
ehe. bende ni memang best..