24Jul

BarCamp Malaysia Diadakah Buat Julung Kalinya

Web 2.0

Adakah anda sudah ketahui berkenaan dengan BarCampMalaysia yang bakal diadakan pada hari Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai) ini? Mungkin ramai masih tertanya-tanya apakah itu BarCamp. BarCamp ialah salah satu sesi dimana pembangun, perekabentuk, pengguna malah sesiapa sahaja duduk dan berbincang mengenai sesuatu isu.

Untuk edisi buat pertama kali ini, BarCamp Malaysia membawakan pelbagai topik-topik menarik untuk diperbincangkan. Tetapi, amat menyedihkan kerana terdapat 4 topik yang bergerak pada waktu yang sama di tempat yang berlainan. Berikut merupakan topik-topik yang bakal dibincangkan pada BarCamp Malaysia 2008 ini:

Jadual BarCampMalaysia 26 Julai 2008(Sabtu)

Jadual BarCampMalaysia Hari Sabtu – 26 Julai 08

Jadual BarCampMalaysia 28 Julai 2008 (Ahad)

Jadual BarCampMalaysia Hari Ahad – 27 Julai 08

Walaupun pada awalnya, hanya 150 kerusi disediakan, pihak BarCamp telah mengambil inisiatif dengan membuat pendaftaran terbuka pada hari tersebut. Ini bermakna, siapa yang datang dulu, maka boleh menyertai mereka sehingga tempat-tempat di BarCamp dipenuhi. Dan sudah tentunya bilangannya adalah lebih daripada 150 kerusi.

[flv:http://amanznetwork.googlepages.com/barcampmalaysia_intro.flv http://amanznetwork.googlepages.com/barcamp_intro.png 512 384]

Video diletakkan sekadar untuk menguji pemain baru. Video diletakkan dari server Google, jadi jangan bimbang mengenai Bandwith.Tonton video yang sama di YouTube.


Dapatkan Kemaskini Friendster Ke Telefon Bimbit Anda
TechCrunch Di Ambil-Alih Oleh AOL
FourSquare Pages Bakal Dibuka Kepada Semua Minggu Ini
Apeje - Membawakan Laman Sosial Dengan Integrasi Jualan Dan Pembelian
MPAA Ingin Mensasarkan Lebih Banyak Laman Perkongsian Fail

7 Komen

  1. Nasrun pada 24 Jul 2008

    Best ni.. Aman pegi ker?

  2. KNizam pada 24 Jul 2008

    mcm menarik je sesi knowledging sharing neh :)

  3. am pada 25 Jul 2008

    menarik bunyiknya… dan google video lepas plak kat opis am..

  4. titan pada 25 Jul 2008

    ko gi tak aman?

  5. zaki blogjer pada 25 Jul 2008

    mcm menarik, tapi aku tak pege. on call lagi dan lagi

  6. kodin pada 25 Jul 2008

    wahh… menarik nyee.. tajuk yg dorang bincangkan mmg btol2 menarik.. amanz. aku nk pinjam jadual tuh ek :)

  7. mrkay pada 26 Jul 2008

    uh.. aku baru tau bile baca kat sini skang ni (4.32 pagi – 26/7/08).. cis!~ aku bz esok.. takpe la.. next week aku ke Joomla day je.. tp kalo aku pegi ni, aku lebih minat dgn hampir semua topik di bilik kuliah 2..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader