• Berkongsi Ilmu Melalui Google Knol

    Knol adalah servis terbaru daripada Google yang mana lebih kepada perkongsian ilmu pengetahuan, lebih seperti Squidoo dan WikiPedia. Knol diperkenalkan akhir tahun lepad oleh Google di mana pada permulaannya, ianya adalah cubaan beta tertutup. Kini, ianya telah pun dibuka kepada semua orang, dan anda boleh membuat halaman anda sendiri dan berkongsi ilmu anda dengan orang ramai, tetapi masih dalam keadaan beta.


    Muka Hadapan Laman Google Knol

    Di Knol, anda boleh menulis mengenai sebarang artikel yang anda sukai dan ketahui. Oleh itu, fungsinya lebih menyerupai kepada Squidoo, dimana para pengguna boleh menulis mengenai sesuatu topik yang mereka ketahui. Walaubagaimanapun, ramai yang mengatakan, Knol merupakan pesaing kepada WikiPedia.


    Antaramuka Laman Menulis Artikel Google Knol

    Sekiranya diperbandingkan dengan WikiPedia, laman untuk menulis artikel Knol adalah lebih mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Ianya menggunakan teknologi yang sama dengan Google Page Creator. Selain daripada itu, para pengguna boleh menambah komen dan memberi markah kepada sesuatu artikel.

    Secara asasnya, Knol menggunakan lesen Creative Commons untuk artikelnya, tetapi para penulis boleh mengubahnya di panel kawalan mereka. Salah satu servis yang amat menarik daripada Google. Untuk mendapat gambaran awal mengenai Knol, anda boleh melawati laman-laman berikut:

  • Tenaga Angin
  • Diabetes
  • Bacpack

6 Komen

  1. titan on 24 Jul 2008

    ehm..aku tak guna lagi. Nanti aku usha..

  2. Fahmishah on 24 Jul 2008

    menarik ni.leh link kan sekali link blog huhu

  3. aku on 18 Feb 2010

    huhuhu… sekurang2nya ader alternatif lain selain wikipedia


Trackbacks/Pingbacks

  1. negaraku.net
  2. Google Page Creatot Bakal Ditutup
  3. aMaNz » Google Knol Memperkenalkan Fungsi Audio

Tinggalkan Komen Anda

Atas