Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama, akhirnya Blogger telah pun menyokong Bahasa Melayu. Kini anda boleh mengubah tetapan pada blog Blogger anda untuk menggunakan Bahasa Melayu, malah bantuan juga kini disediakan dalam bahasa Melayu.

Muka Hadapan Blogger
Blogger adalah salah satu perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh Pyra Labs pada tahun 1999 dan kemudiannya dibeli oleh Google pada tahun 2003. Terdapat ramai penulis blog dari Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Blogger. Selain daripada Blogger, ramai penulis memilih WordPress.com untuk hos blog mereka. Walaubagaimanapun, WordPress.com telah lama memperkenalkan bahasa Malaysia pada perkhidmatan mereka sebelum Blogger.
Kalau dah sebati dari dulu menggunakan BI, nak tukar BM terkial² sikit, macamlah juga kat HP tu….
huhu,,bak kata Titan, dah jadi omputih celup..haha
LOL.
BI lagi senang paham……. rakam masuk, pilih templat ..hahah
aku percaya itu bukan bahasa malaysia. ianya adalah bahasa indon. haha.
agaknya yang translate tu orang indon kut? hehe..
Walaupun BM adalah bahasa aku, tapi aku masih rasa janggal menggunakan platform bahasa melayu.
aku pun janggal bm… ni sbb kita lmbat translatekan bi ke bm dgn alasan xsmpat nk catch up… tgk negara luar spt jepun yg xtranslate 100% ke bhasa diorang stiap perkataan bi tetapi guna istilah yg sama dgn sedikit penambahbaikan… DBP perlu diperkasa!
btul tue..DBP perlu diperkasa..
rakam masuk? hhuhu, sangat janggal bila dah tukar bm
patutnya, log masuk..
kalo daftar masuk pun okay gak..huhu
susah gak bila dah jadi orang putih celop nih. So, gunakan aje bahasa ibunda kita no.2 tuh..
diorang kene hired orang kita untuk sessi terjemahan tu. Takkan tak mampu kot.
diorang masih takde base kat Malaysia lagi, kat Singapura dah ada dah..huhu
apa pun… kalau kita di bidang IM ni… perlulah utamakan BI… nanti bahasa alien ni dah kena lanyak dengan bahasa ibunda kita… barulah kita sokong habis-habisan… DBP memang kena main peranan luarbiasa dalam hal ini!
hmmm… pada generasi berapa ya… BM ni setaraf dengan BI nanti…
kekadang perkara yang dibincangkan cuma tiada agansi yang nak buat kajian pasal itu ianya tidak berjalan ye le macam kata tradisi membela rakyat tapi bila sudah berada diatas tunggu la lagi tiga tahun setengah baru kita sampai……………..
kalau silap .mintak maaf banyak banyak……….
Dari hamba yang jauh
Wassalam