Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas pelancaran semalam, Cuil menghadapi sedikit gangguan dan mengalami down beberapa kali. Malah terdapat beberapa post dari laman berlainan mengatakan bahawa Cuil tidak begitu mesra dengan kata kunci luar negara, dan buat ketika ini ianya menumpukan perhatian terhadap pasaran Amerika.

Perbandingan Cuil dan Google
Gambar-gambar yang ditayangkan bersebelahan keputusan carian juga dikatakan diambil secara random dan bukannya daripada laman terbabit. Sebagai contoh, ketika carian Abdullah Ahmad Badawi dilakukan, keputusan carian pertama menunjukkan pautan daripada WikiPedia, namun gambar yang dipaparkan adalah berlainan dengan gambar yang dipaparkan dihalaman WikiPedia.

Keputusan carian Cuil
Selain daripada itu, sekiranya kita tersalah taip, Cuil menjadi Culi, ianya akan membawa kita ke laman lucah. Dan ini menjadikan, pihak Cuil perlu mengambil perhatian serius dalam pembangunan jenama mereka.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
heheeh siap ada search for ismail nyer blog tuh. hehe
camne nak lawan google ni, baru hari pelancaran dah down.
ha ha ha.. siot la Cuil ni.. nk bg gambar pun agak2 la.. ha ha
xleh pakai r cuil ni..aku search popular keyword blog aku.satu haram pon xde dalam top 10
hehe..bende ni lain sket. Takpe. Test power je 2-3 hari ni. Kang bosan, pakai yahoo dengan google balik..
Bagaimanapun image random ismail didalam hasil carian CUIL tetap kena (bagi aku la) hahahah