30Jul

Dapatkan Kemaskini Friendster Ke Telefon Bimbit Anda

Web 2.0

Friendster hari ini memperkenalkan fungsi Friendster on Mobile dimana anda akan mendapat notifikasi mengenai penambahan rakan baru, buletin baru, komen terbaru dan segalanya berkaitan dengan Friendster terus ke telefon bimbit anda. Tetapi, berbeza dengan Twitter dan Jaiku, Friendster mengenakan caj sebanyak RM0.50 untuk setiap mesej yang diterima oleh anda.


Friendster Pada Telefon Bimbit

Buat masa ini, servis ini hanya dibuka khas untuk pengguna dari Malaysia sahaja. Mungkin Friendster perlu mencari alternatif seperti Twitter dan Jaiku dimana para pengguna menerima mesej secara percuma dan tiada sebarang caj dikenakan. Jikalau kos operasi dianggap amat tinggi sekiranya berbuat demikian, mungkin mereka boleh mengehadkan sebanyak 100 mesej untuk seminggu dan sebagainya. Buat masa ini, Twitter memberikan sebanyak 250 mesej secara percuma kepada setiap penggunanya, manakala saya kurang pasti berkenaan Jaiku yang dimiliki oleh Google.

Walaubagaimanapun, tahniah buat Friendster kerana menjadi antara terawal yang menyediakan servis web sosial ke telefon bimbit.


Yemmz! - Laman Sosial Daripada TM
GroupsMore - Jimat Lebih Secara Berkumpulan
GengBlogger Memperkenalkan Bar Sosial
Facebook Credit Menyokong Malaysia Bermula 1 Julai
#Tips : Uruskan Tugas Berkumpulan Dengan Efektif Melalui Trello

7 Komen

  1. Pangeran pada 30 Jul 2008

    Tak pakai pun…
    Baik pakai wap layari friendster, atau pakai opera mobile. Lagi murah…(saya pakai unlimited data plan)

    Oh, ya… Ada jugak orang minat Friendster macam saya, jadi saya ingin share artikel saya berkenaan friendster…

    http://pangeran.org/host-your-own-friendster-profile-and-monetize-it/

  2. MK pada 30 Jul 2008

    mak aih. 50 sen itu amat tinggi nilainya bagi seorang kaki sms seperti patikk

  3. penyubiru pada 31 Jul 2008

    50 sen?? mahal tu. maybe diorang nak test market kut?

  4. melayubuntu pada 31 Jul 2008

    hahhaha…aku dh xaktif fs…xde can nak try..

  5. chot pada 31 Jul 2008

    zaman fs tu dah lama aku tgglkan…

  6. titan pada 02 Aug 2008

    takmo aku. 50 sen dia caj..

  7. mangkukhayun pada 27 Aug 2008

    caj RM 0.50 pada setip sms mahal sgt……… 2 blm lg sms yg entah btl atau x sapa pengirimnyer…..


Tinggalkan Komen Anda