Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google Lively adalah salah satu persekitaran maya yang diwujudkan oleh Google, sama seperti instant messaging dan juga dunia maya – Second Life. Buat masa ini, Lively hanya disokong oleh Internet Explorer atau Mozilla Firefox yang digunakan pada Windows XP atau Vista. Menurut Google, program ini dalam pembangunan untuk versi Mac dan juga Linux.

Antaramuka Google Lively
Melalui Google Lively, sehingga 20 orang boleh menyertai sesuatu bilik dan chat antara satu sama lain. Para pengguna juga boleh mereka-bentuk persekitaran maya mereka sendiri, disamping memasukkan video dari laman YouTube dan gambar dari laman Picasa, seperti mengantung gambar di dinding.
Para pengguna juga boleh memasukkan embed bilik chat ke dalam blog atau laman web, dimana para pengunjung boleh serta merta mengetahui cita rasa penulis laman tersebut. Anda juga boleh mengubah karektor anda (avatar) supaya memenuhi citarasa anda.

Antaramuka Google Lively
Google juga telah mengesahkan bahawa aplikasi Lively untuk MySpace dalam pembinaan.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Jom try
huhu..dia nyer software kena setting dulu sebelum install..
masih belum terdedah dengan persekitaran maya sebegini. agak-agak akan jadi fenomena di malaysia ke?
pakcik pon nak try.. cam menarik je nie
aku akan try dan install. mana tau best nanti..
kalu best bagitau la ek
meriahlah lagi dunia chatting ni ya… siap ada avatar lagi tu… asalkan jangan ubah jantina cukuplah ya… huhuhu…
try la virtual chat ni. Cubala kita meramaikan room saya ni di
http://www.lively.com/dr?rid=3002899226404422445
nampak gayanya… izzuan ni minat bab-bab chatting ni ya…
Amang,
Did you do the snapshot about in Google lively? If yes, can you email me? Need to ask you a few questions. Thanks.
Artikle yang menarik. Saya ketinggalan untuk memberi komen seawal mungkin.
Mungkin untuk remaja- virtual world from google ini sesuai.
Tetapi kalau untuk yang lebih dewasa…saya sarankan guna Secondlife. Avatar pub takdelah nampak cam kartun sangat.
Saya sudah mengunakan Secondlife untuk pembelajaran dan juga side-income dengan menghasilkan pixel product seperti pakaian untuk avatar. Saya berharap ramai malaysian berminat untuk sertai secondlife.
Rakan-rakan dari indonesia sudah jauh ke depan mengunakan platform Secondlife untuk pembelajaran dunia maya dan juga side-income. Kita masih di takuk lama dengan FB
Sesiapa berminat untuk mempelajari camana nak guna Secondlife..sila email saya qisreenelton@gmail.com