Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
GMail telah menambah beberapa fungsi baru yang mana membolehkan para pengguna mengetahui siapa yang menggunakan akaun mereka disamping dari mana mereka log masuk ke akaun mereka.

Laporan Ringkas di Bahagian Bawah GMail
Dengan ini juga anda boleh mengetahui dari mana anda login akaun GMail anda dan bila. Anda hanya perlu klik pada pautan Details pada bahagian bawah GMail anda dan sebuah laporan ringkas akan ditunjukkan.

Log Keluar Ke Semua Lokasi Dengan Satu Klik
Dengan kemudahan ini, anda boleh memastikan kesemua aktiviti GMail yang dilakukan oleh anda. Selain daripada itu, salah satu perkara yang menarik ialah, sekiranya anda terlupa untuk log keluar akaun GMail anda di rumah atau di pejabat, kini anda boleh lakukannya dengan hanya satu klik, iaitu dengan klik pada “Sign out all other sessions“.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Naik taraf yang bagus…dan membuatkan pengguna/pelayar lebih selesa dengan perkhidmatan gmail
bagus la encik google neh kan. hehe
pergh! banyak betul fungsi google mail ni ya…
aman, tengok tak CSI? ada satu episod… orang boleh track emel kita dengan hanya tahu IP adress! betul ke dengan hal ini?
betul kot..haha
oo.. tapi kalau ada orang lain guna gmail kita dan kita tau.. nak buat apa pula ya.. xkan nak sue orang tu kalau dapat tangkap dia.. huhu
anyway.. fungsi ni bagus dan beri keselesaan kat users.
tq for info
senang… keep it very save…
selesai masalah awal-awal…
Baru tahu dan baru guna. Terima kasih atas makluman ini.
huhu. aku pun baru tahu pasal nih. bagus. bagus..