14Jul

Iklan DoubleClick didalam Nuffnang

Web 2.0

Double Click dan Nuffnang

Mungkin ramai yang sudah perasan atau mungkin tidak. Sejak beberapa hari yang lepas, saya dapati terdapat beberapa iklan daripada DoubleClick yang bermain dalam Nuffnang. DoubleClick adalah salah satu media pengiklanan secara dalam talian. DoubleClick telah diperolehi oleh Google pada tahun lepas dengan harga jutaan ringgit.

Berbeza dengan Google Adsense yang menyediakan pengiklanan dalam bentuk teks dan imej, DoubleClick pula menyediakan pengiklanan dalam bentuk imej, video dan flash.


Salah Satu Iklan DoubleClick dalam Nuffnang

Semenjak beberapa minggu ini, saya perasan yang pihak Nuffnang menggunakan iklan daripada DoubleClick untuk diperlihatkan kepada para pengunjung. Walaubagaimanapun, perkara ini telah di perasan oleh salah seorang blogger terlebih dahulu – pada tahun lepas.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dinyatakan oleh pihak Nuffnang dalam blog mereka (atau mungkin saya terlepas pandang?).

Dengan menggunakan iklan daripada pihak ketiga, para blogger (publisher) tidak akan tertunggu-tunggu untuk iklan dipertontonkan di dalam blog mereka. Ini kerana, DoubleClick sememangnya sebuah syarikat pengiklanan yang besar dan dengan pengabungannya dengan Google, mustahil tiada iklan yang dapat dipertontonkan.


Automattic Membeli ATD : Fungsi Semakan Ejaan
Friendster "Baru" Bakal Mengutamakan Permainan
Baloi.com.my Tidak Aktif Lagi - Berhenti Beroperasi?
Amazon AppStore Bakal Dilancarkan Bulan Ini?
WordPress 3.2 Memasuki Fasa Release Candidate 2

6 Komen

  1. Thinker pada 14 Jul 2008

    oo. br ku tahu. tengs for e info.

  2. Mohd Ismail pada 14 Jul 2008

    berapa percentage blogger dapat dr iklan tu? kalau Nuffnang guna network utk raih duit dengan DoubleClick, ade semacam kurang beretika di’situ…

    Nuffnang better perjelaskan hal ni kalau betul mereka serve iklan dari DoubleClick…

  3. Dean pada 14 Jul 2008

    arh! cntek iklan ne..tp blog sy tkde iklan lg..bape CTR bru dorng nk labur kt blog ye :(

  4. titan pada 14 Jul 2008

    aku ada perasan gak bende nih. cuma aku tak ambil pedulik sangat. mungkin ada perjanjian antara diorang kot..

  5. affuan pada 14 Jul 2008

    biasa la bisnes. tak tipu tak maju la. haha.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader