11Jul

Joomla Day Kembali Untuk 2008

Web 2.0

Setelah berjaya menganjurkan Joomla-Day pertama tahun lepas, kini untuk tahun ini ianya kembali semula. Pada tahun ini, ia dijangka diadakan pada 2 Ogos 2008 bertempat di Cititel Hotel, Mid Valley Megamal, Kuala Lumpur.

Joomla Day

Joomla Day adalah salah satu aktiviti komuniti, disamping bertemu dengan pakar-pakar Joomla dari tanah air dan luar negara. Joomla Day Malaysia pada tahun ini akan fokus kepada:

  • Pengenalan kepada pembangunan laman web menggunakan Joomla
  • Pembangunan komponen pihak ketiga untuk Joomla
  • Pembangunan template untuk Joomla
  • Soal Jawab mengenai Joomla
  • …dan pelbagai perkara lain berkenaan Joomla
  • Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftarkan diri anda sekarang pada harga RM75.00 (pelajar, ahli Joomla.org) dan RM150.00 (kakitangan swasta, kerajaan, freelancer). Anda juga akan mendapat pelbagai barangan menarik seperti tshirt Joomla dari Jerman, komponen tambahan Joomla, live-CD Joomla dan sebagainya.


    Tonton Konsert Siti Nurhaliza Secara Langsung di Internet
    Aplikasi TableFour.Us Untuk Pengguna iPhone Dilancarkan
    MyEmail Turut Membawakan Marketplace Dan Integrasi Rangkaian Sosial
    SahurBerbuka.info Turut Membawakan Konsep Serupa TimeToBuka
    HootSuite Untuk BlackBerry Sedia Dimuat-Turun Secara Percuma Dari AppWorld

    9 Komen

    1. Uncle G pada 11 Jul 2008

      jauhnye.. kawasan utara takda ka? bagi pakcik buat portal gunakan joomla nie memang senang… lagi senang dari mambo

      • admin pada 11 Jul 2008

        huhu…dia wat kat midvalley jer.. maybe lepas nie dia kena wat tour satu mesia.. :D

    2. Fahmishah pada 11 Jul 2008

      Menarik ni, bile agaknya WordPress mahu buat sebegini di Malaysia

      • copernicus pada 15 Jul 2008

        lagi ramailah yang akan datang rasanya ya… huhuhu… :D

    3. aman pada 11 Jul 2008

      haha…kita yang kena wat kot.. :P

    4. Azree Hanifiah pada 11 Jul 2008

      Joomla Day tahun lepas tak dapat pergi. Terlepaslah peluang nak dapat free jomcomment azrul tu. Huhu. Tapi tahun ni dah dapat daftarkan diri. Konfem pergi InsyaAllah. Rugi kalau tak pi. :D

    5. Uncle G pada 11 Jul 2008

      hehe.. hang la pelopor dia.. pakcik sokong 100%

    6. Thinker pada 14 Jul 2008

      huuu. akoo igt pree. byr rupa nye. tp akoo nk azrul nye comment tue. sape leh kasik. mahal meh. 100rm. xdpt den nk nolong.

    7. copernicus pada 15 Jul 2008

      teringat pula jomSeminar.com… huhuhu… :D
      rakan-rakan yang pergi tu… berkongsi-kongsilah pengalaman nanti ya…


    Tinggalkan Komen Anda






    Amanz Media Social Reader