12Jul

Malaysia Dapat Menggunakan Aplikasi Dalam Talian Microsoft Menjelang 2010

Microsoft

MicrosoftMicrosoft hari ini telah mengumumkan bahawa Singapura, Australia dan New Zealand adalah antara negara di lingkungan Asia-Pasifik yang akan mula menggunakan perisian dalam talian, BPOS (Business Productivity Online Suite). Negara-negara ini berpeluang menggunakan perisian ini pada suku ketiga tahun 2009, manakala negara-negara lain terpaksa tunggu sehingga 2010.

Antara aplikasi yang ditawarkan dalam talian oleh Micrososft melalui BPOS adalah Microsoft Exchange Online, Microsoft SharePoint Online, Microsoft Office Communications dan juga Microsoft Office Live Meeting. Kadar yang ditetapkan oleh Microsoft adalah U$15 (RM45) untuk setiap pengguna, sebulan.

Microsoft mula membincangkan mengenai aplikasi dalam talian sebagai salah satu cara membasmi perisian cetak rompak yang kian berleluasa disamping menjana pendapatan berterusan.


Office 14 Bakal Di Datangkan Dalam Dua Variasi
Windows Phone Akan Menerima Kemaskini "NoDo" Seawal Februari
Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia Akan Dilancarkan Tahun Ini
Microsoft Memperkenalkan Halaman Rasmi Baru Skype
Bing Mengeluarkan Data Berkenaan Carian Terhangat Sepanjang 2011

2 Komen

  1. copernicus pada 15 Jul 2008

    lambatnya nak kena tunggu ya… kalau Malaysia dah bertaraf negara maju, mungkin dapat lebih awal ya… :D


Trackbacks/Pingbacks

  1. Setahun bersama Titan dan Earncent.com | EarnCent.com

Tinggalkan Komen Anda