Akhirnya, setelah beberapa kali cubaan beta untuk versi 2.6, kini WordPress 2.6 dilancarkan secara rasminya. Beberapa fungsi baru telah ditambah dan fungsi sedia ada telah dinaik taraf dalam WordPress 2.6, dan kesemua ini telah dirumuskan oleh pihak WordPress dalam satu video ringkas.
Sekiranya anda malas untuk menonton video tersebut, berikut merupakan fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan didalam WordPress 2.6;
Post Revisions – kini anda boleh track segala perubahan yang dilakukan keatas sesuatu artikel yang telah anda terbitkan.
Fungsi Press This! – Kini anda boleh menulis dari mana-mana laman web, seperti memasukkan imej, atau video lain yang kelihatan menarik terus ke laman blog anda tanpa perlu melalui panel admin.
Pengenalan Google Gears – WordPress 2.6 didatangkan dengan sokongan Google Gears dengan nama Turbo. Anda boleh menjimatkan bandwith bulanan anda dengan fungsi baru ini.
Lihat Tema Anda Sebelum Di Aplikasikan – Salah satu fungsi yang menarik telah ditambah ialah, theme preview. Kini anda boleh melihat bagaimana sesuatu tema itu akan kelihatan pada blog anda sebelum mengaplikasikannya.
Word Count – Ketahui berapa banyat perkataan terdapat dalam artikel anda
bro… ko dah try? klu dah tlg bagi review sket. kalau boleh beritahu apa masalah yang terlibat masa pertukaran dari versi terdahulu ke versi terkini terutamanya apa yang hilang; komen2 lama ke? masa proses upgrade
yup aku memang cemburu tapi aku tak mampu (ya lah tu). hosting berbayar untuk personal blog 200++ kalau murah pula pasti banyak bahana, jadi aku masih melekat di pelantar blogger sudah la heheh. tapi yaaa word press memang cool aku tak nafikan terutama sekali kepada si pengceria-warna blog
hang dah try lom? pakcik nye celcom malam nie tak stabil… maybe besok pakcik nak download….
aku dah try kat localhost..huhu
bro… ko dah try? klu dah tlg bagi review sket. kalau boleh beritahu apa masalah yang terlibat masa pertukaran dari versi terdahulu ke versi terkini terutamanya apa yang hilang; komen2 lama ke? masa proses upgrade
takde menda yang hilang, dia tak ganggu database..cuma ganti fail core jer..
Makin canggih wordpress ni.
ade problem la.. plugin dah tak automatik update… pakcik kena ftp kan plugin ke webhost…
tak tau pasai ape..
p/s: semua plugin wp ok.. takde masalah
yup aku memang cemburu tapi aku tak mampu (ya lah tu). hosting berbayar untuk personal blog 200++ kalau murah pula pasti banyak bahana, jadi aku masih melekat di pelantar blogger sudah la heheh. tapi yaaa word press memang cool aku tak nafikan terutama sekali kepada si pengceria-warna blog
banyak sangat web wordpress free bro… dari anak melayu lagi.. peace..
Dah update dah semalam.
Tapi aku tak jumpa la kat mana function word count kat mana dia letak. Mana eek?
pergh! update lagi ya… memang bestlah wordpress ni!