12Jul

Spore – Kawal Evolusi Spesis Anda

e-Permainan

Ingat lagi dengan permainan The Sim yang menarik minat ramai pemain diluar sana suatu ketika dahulu? Kini, pembuatnya kembali dengan judul permainan yang baru – Spore. Spore dijangka dikeluarkan pada 7 September 2008 di mana para peminat juga boleh memuat turun permainan ini dari laman Electronic Arts pada 7 September.

Antaramuka Spore
Antaramuka Permainan Spore

Melalui Spore, pemain boleh mengawal evolusi sesuatu spesis daripada permulaannya – unisel, pembesarannya, dan sehingga ia menjadi suatu makhluk yang berkebolehan dan sosial. Sekiranya anda sambung bermain selepas itu, anda boleh mengawal spesis anda sehingga berjaya ke angkasa lepas, disamping dapat berhubung dengan spesis lain dalam galaksi.

Permainan ini dipecahkan kepada beberapa fasa, dimana disetiap fasa, cara permainan itu berubah-ubah. Sekiranya ketika bermain, spesis anda diserang atau dihancurkan sekali gus, anda akan kembali bermain pada level anda sebelum dihancurkan, atau di fasa sebelum dihancurkan.

Spore 2008
Antaramuka Permainan Spore

Antara fasa yang terdapat dalam permainan Spore ini ialah Cell, Creature, Tribal, Civilization, dan akhir sekali Space. Permainan akan dimulakan dalam bentuk 2D pada fasa cell dan akan menjadi 3D apabila masuk fasa seterusnya.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh memuat-naik video perkembangan spesis mereka terus kedalam YouTube, dimana para pemain boleh memperlihatkan spesis mereka kepada yang lain.


Pelancaran Need For Speed Shift Di Tangguhkan
Angry Birds Ditawarkan Secara Percuma Kepada Pengguna Windows
Konsol PlayStation Dengan Sensor Pergerakan Seumpama Kinect Bakal Diperkenalkan?
Project Fiona - Tablet Pertama Yang Memfokuskan Permainan Video
#Tips : Memainkan Permainan Klasik (DOS) Pada OS X Dengan Mudah

7 Komen

  1. Adieska pada 12 Jul 2008

    Interesting games. I’ll wait for the launching :D

    Thanks for dropping by and leave a track message :)

  2. fysal pada 13 Jul 2008

    aman, ko tak nak publish ke keratan akhbar kisah kita di the mines dalam akhbar suria hari tu??

  3. syam pada 13 Jul 2008

    kool! kalau aku main game ni, aku boleh cipta makhluk aku sendiri kan?

    tp nmpk cm game ni berunsur teori bodoh darwin je…

  4. eSempoi.com pada 14 Jul 2008

    best ke? konsep dier macam kurang je

  5. Dean pada 14 Jul 2008

    wahaha! aku nk cipta makluk yg terbang dan tk perlu mkan! :D

  6. titan pada 14 Jul 2008

    huhu..minat plak nak main bende nih..haha.

  7. copernicus pada 15 Jul 2008

    belum pernah bermain game the sim… spore pula… huhuhu… :D


Tinggalkan Komen Anda