20Jul

Sunway – Bandar Dengan Perkhidmatan WiMax

Web 2.0

Salah satu perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang lalu menyaksikan pemegang lesen WiMax, Packet One Networks (P1) akan menyediakan servis jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) kepada pembangun hartanah, Sunway Group. Perjanjian itu menjadikan beberapa kawasan utama di kawasan Bandar Sunway (yang mana dibangunkan oleh Sunway Group) mendapat servis jalur lebar tanpa wayar. Malah lebih 100 tempat Wi-Fi telah diaktifkan.

Antara enam kawasan yang mendapat faedah daripada perjanjian ini ialah pasaraya Sunway Piramid, taman tema Sunway Lagoon, Sunway University College, Sunway Mentari, Sunway Metro dan juga Monash University Sunway Campus. Sekiranya anda berada dalam lingkungan kawasan ini, anda boleh melayari internet pada kelajuan sehingga 128 Kbps. Dan sekiranya anda diluar kawasan, anda boleh memilih servis berbayar dimana anda boleh mendapat akses internet sehingga 512 Kbps.

Dalam berita lain, P1 mengumumkan ianya bakal melancarkan WiMax kepada para pengguna lain dalam suku tahun ketiga. Bersama kita nantikan kemunculan WiMax tidak lama lagi sebagai pencabar kepada jalur lebar dengan wayar seperti Streamyx dan Maxis Broadband.


Koleksi Tema InfoMalaya Kini di Google Code
InLinks - Adakah Ianya Beretika?
Tonton Konsert Siti Nurhaliza Secara Langsung di Internet
Aplikasi OfficeKami Versi Alpha Sedia Di Uji
myE-Buzz Melancarkan Halaman Central

13 Komen

  1. KNizam pada 20 Jul 2008

    this is the company yang kata nak camouflage kl ngan wimax tuh kan. hehe :)

  2. iEn pada 20 Jul 2008

    thx for coming.. sorry lambat balas. baru leh bangun dr terlantar demam hehe

  3. MK pada 21 Jul 2008

    waa.. wimax! ada nampak iklan dia dalam suratkhabar

    pe pun, harap2 dgn datangnya p1 ni akan menyedarkan provider2 lain seperti Streamyx, Maxis, atau Celcom supaya memperbaiki servis dorang..

    • copernicus pada 06 Aug 2008

      provider-provider dah nak kena bangun dah… ada saingan hebat ni… :D

  4. sodep pada 21 Jul 2008

    P1 nie jugak yang bekal kan wireless free dalam KL sekarang nie selama dua tahun… sila lawati http://www.wirelesskl.com

  5. syam pada 21 Jul 2008

    dienye wifi servis kat bandar sunway tu free ke kene bayar?

  6. titan pada 21 Jul 2008

    bila la diorang nak masuk banting yek..

    • copernicus pada 06 Aug 2008

      bilalah pula nak masuk kota bharu… huhuhu… :)

  7. Extremist Thinker pada 21 Jul 2008

    ptt dia org aim kawasan bandar kinrara dulu. kawasan yg pesat membangun. haha!

  8. Azree Hanifiah pada 22 Jul 2008

    Bila depa nak aim kawasan Ampang nih? :D

  9. copernicus pada 06 Aug 2008

    nampaknya perkembangan yang sihat dalam legasi internet negara… semoga lebih-lebih bagus internet negara kita ni nanti… :)

  10. dark pada 12 May 2009

    blh tlg saya utk mendptkn atau maklumat yg lbh lengkap tentang 802.11n ataupn wireless jenis type n. saya ssh mencari maklumat dlm bm


Trackbacks/Pingbacks

  1. Produk Dan Perkhidmatan Perniagaan Internet Untuk 5 Tahun Lagi - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader