• VLC 0.9.0 Bakal Keluar Tidak Lama Lagi

    Bagi yang menggunakan VLC Media Player, kini anda boleh mencuba versi terbaru mereka – VLC 0.9.0 yang mana masih dalam peringkat alpha yang bermakna masih dalam versi percubaan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan gambaran awal, berikut merupakan review ringkas mengenai VLC 0.9.0:

    Antaramuka VLC 0.9.0
    Antaramuka VLC 0.9.0

    Antaramuka VLC versi terbaru ini mengalami perubahan drastik berbanding dengan versi terdahulu. Walaubagaimanapun, ianya tetap menyokong style lain yang mana boleh dimuat turun dari internet.

    VLC 0.9.0 Bahasa Melayu
    Sokongan Bahasa Melayu

    VLC 0.9.0 yang terbaru ini dilihat menyokong bahasa Melayu, walaupun tidak secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, agak pelik kerana ketika pemasangan, saya memilih English, malah Melayu tidak langsung kelihatan pada ketika itu. Saya masih tidak mengetahui bagaimana mereka dapat ketahui pengguna merupakan daripada negara Malaysia.

    VLC dan Mozilla
    VLC dan Mozilla Firefox

    Versi VLC yang terbaru ini juga kelihatan mempunyai plugin khas untuk Mozilla Firefox. Walaupun masih kurang pasti dengan kegunaannya, ianya mungkin berkait rapat dengan memainkan video di internet.


    Masalah Yang Di Kenal Pasti

    Seperti yang dikatakan pada awal artikel, oleh kerana ianya masih dalam peringkat percubaan, maka beberapa masalah masih terdapat dalam perisian ini dan mungkin akan diselesaikan sebelum ianya dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun perisian VLC 0.9.0 secara percuma.

14 Komen

  1. Kasawari on 18 Jul 2008

    mana msjbox ni?

    • aMaNz on 19 Jul 2008

      haha..nanti aku letak.. :D

  2. KNizam on 18 Jul 2008

    ngan flv sama ke eh ? boleh play flv ke ?

    • aMaNz on 19 Jul 2008

      yup, leh main FLV

      • copernicus on 04 Aug 2008

        version baru ni boleh play flv ke…?
        ke… version lama pun boleh…?

  3. titan on 18 Jul 2008

    ouh. memang dah ada dalam PC aku nih..aku tunggu depa stabil dulu la..

    • aMaNz on 19 Jul 2008

      haha..yang beta nie banyak gak bugs dia..haha

  4. affuan on 19 Jul 2008

    aku guna gOM player. haha.

    • aMaNz on 19 Jul 2008

      huhu..kat UNiSEL ramai gak guna GOM Player…sebelum nie tak pernah dengar..haha

  5. MK on 19 Jul 2008

    peranti cekup? huhu. mula2 mesti cam lawak je.. tapi dah lama nanti, biasa la dengan istilah2 melayu tu..

  6. Khai on 20 Jul 2008

    aku lebih prefer GOM player.. the best player in da world.. kalau dia prempuan, dah lama aku jadikan isteri. harhahrhar… VLC? jadikan maid sudey.. lalala..

    • copernicus on 04 Aug 2008

      pergh! tak pernah guna player ni…
      nak kena install ni… :) sebelum ni gunalah juga vlc…
      tak tahulah pula taraf maid aja… huhuhu… :)


Trackbacks/Pingbacks

  1. Blog Komputer Wajib Aku Baca | Artikel Percuma Komputer & Internet

Tinggalkan Komen Anda