Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
WordPress.com telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka kini telah menyokong Google Gears di laman mereka. Google Gears adalah salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Google dimana ianya menyimpan fail di dalam komputer anda dan menggunakannya setiap kali anda melawat laman tersebut. Dengan ini, anda dapat menjimatkan masa menunggu sesuatu laman itu habis loading.

Penggunaan Gears di WordPress.com
Penggunaan Gears di WordPress.com bermakna kesemua imej dan beberapa fail dan data akan disimpan didalam komputer anda dan menjimatkan masa anda ketika melawatnya kembali. Dengan ini juga, pihak WordPress.com dapat memperjimatkan bandwith yang digunakan oleh mereka yang mana membawa kepada pengurangan kos server.
Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu klik pada pautan TURBO yang terdapat pada penjuru sebelah kanan dan seterusnya mengikuti arahan seterusnya.
Pihak WordPress juga telah mengumumkan bahawa Gears akan dimasukkan dalam WordPress 2.6 yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan bulan ini. Anda boleh mencuba versi beta WordPress 2.6 yang telah dikeluarkan oleh pihak WordPress beberapa hari yang lalu.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Salah satu kelebihannya bila Google berganding dengan WordPress.
Tak tau pulak yg CSS boleh ambik dari local.
berguna untuk wordpress.com…untuk wordpress.org xder ker?boleh kurangkan bandwith gak kalau boleh