Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Yahoo! dalam cabarannya bersama Google, kini telah mengambil langkah awal dengan membolehkan aplikasi emel pada webnya digunakan juga ketika offline. Untuk merealisasikan perkara ini, mereka menggunakan aplikasi Yahoo! Zimbra Desktop. Berbeza dengan Google Gears, yang mana menyimpan data dari internet kedalam komputer untuk akses pada waktu offline, Yahoo! Zimbra Dekstop pula ialah aplikasi persendirian, dimana ianya menyimpan data dalam bentuk Java. Perisian Yahoo! Zimbra Dekstop sendiri bersaiz 38 Mb untuk Windows dan 44 Mb untuk Linux.

Pilihan E-mel Yang Hendak Di Uruskan Oleh Zimbra Ketika Pemasangan
Dan salah satu perkara yang menariknya ialah Yahoo! Zimbra Desktop turut menyokong emel dari Google – GMail dan emel-emel lain yang menyokong POP atau IMAP. Sekiranya anda menghantar emel ketika anda dalam keadaan offline, emel tersebut akan disimpan pada folder OutBox dan seterusnya akan dihantar ketika anda online semula.

Antarmuka Yahoo! Zimbra Desktop
Yahoo! membeli Zimbra pada September 2007 dengan nilai lebih kurang $350 juta. Pada ketika itu, Zimbra menyediakan perkhidmatan emel, kalender dan kebolehan untuk bekerja tanpa talian (offline). Zimbra diedarkan oleh Yahoo! dengan lesen sumber terbuka, dimana anda boleh mengubahsuai atau menggunakannya tanpa sebarang kos.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
email tuuu jugak yang ko feature kat sini yer? hahaha.
haha…dah emel tue jer cam menarik, takkan nak tunjuk emel lain..haha
haha.. xde gambor lain ke nak letak. haha..
tue tunjuk emel ler..haha
aku malas bab2 offline2 nih. biarlah. tunggu online je. janji streamyx on..
kalo tetiba stremyx takde…huhu…
hehhe aku dah lama meninggalkan yahoo! except for ym je. hehe
betul.betul. kalau tak kerana YM. dah lama aku cerai yahoo..
aku sama mcm nizam.. dah tinggalkan yahoo kecuali ym.. yahoo mail sgt tak efesyen dan tak menarik.. huhu