Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Yahoo! semalam mengumumkan bahawa mereka akan mula membenakan para pengguna memuat-turun permainan kasual popular secara percuma. Walaubagaimanapun, setiap permainan tersebut akan disertai oleh iklan yang di integrasikan ke dalam perisian tersebut.
Lebih daripada 400 permainan kasual akan disediakan oleh pihak Yahoo! secara percuma menjelang akhir tahun ini.
Sebelum ini, Yahoo! telah mengumumkan berkenaan sistem enjin cariannya yang disediakan kepada para pembangun secara percuma, walaubagaimanapun, laman yang mereka bangunkan akan disertakan dengan iklan daripada pihak Yahoo!. Nampaknya, kini Yahoo! sedang berusaha memenangi perlawanan pengiklanan dalam talian dengan Google yang sudah lama dalam bidang tersebut.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
huhu.. Yahoo Games.
Banyak jugak yg addicted.
OK la kalau dah free.
Tak der lagi nak kena cari crack ker apa.
alaaa… opis aku dah block semua game2 nie… uhuhuh….
mak aku suka main game nih. habislah aku kene download nanti. Mak aku dah bising dah tu nak games aje..
layan aja la mak titan tu… masa yang ada nilah nak berbakti kepadanya kan…
mak juga yang layan nanti… huhuhu…
anaknya pula, minat apa?
hohoho… nampaknya… semakin banyaklah pula ‘game-game free’ ya… nak cubalah…
Camne…
xde free pon..
ade free download..
tp,tok sejam jerk..
pastu kene beli..
mk ct xbgi bli..
buang duet katee nye..
camne..
tul 2 siti …. mula2 je nampak mcm free kan …. ke kita yang x tau … hehehehe
saya suka permainan secara percuma tapi parent yang kacau
pasti ke percume…kalo betol ok la tu ari saye muat turun la tapi dapat main jap je pastu kene beli la plak…