01Jul

Yoonic.tv – Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer

Perisian, Web 2.0

Ingat lagi mengenai laman Joost yang diperkatakan tidak lama dahulu. Sama seperti Joost, kini Yoonic dilancarkan. Dan apa yang menariknya mengenai Yoonic ialah, ianya adalah produk buatan Malaysia. Kini, anda boleh menonton rancangan yang anda minat hanya melalui Yoonic tanpa sebarang bayaran. Walaupun kos server yang agak tinggi, pihak Yoonic bercadang untuk memberikan tempoh perubaan selama 2 bulan secara percuma. Kemungkinan besar, sekiranya ramai pengiklan yang menggunakan Yoonic untuk beriklan, ianya akan kekal percuma untuk selamanya.

Sebelum dapat menggunakannya, anda haruslah memasang perisian Yoonic di komputer anda. Dengan menggunakan broadband, ianya mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk perisian tersebut dimuat turun dan dipasang.

Proses Pemasangan Yoonic.Tv
Proses memuat-turun perisian Yoonic.tv

Selesai dimuat-turun, perisian tersebut akan memasang (install) di komputer anda secara automatik. Selepas beberapa saat, perisian tersebut akan berjalan dalam keadaan full-screen. Anda tidak perlu bimbang sekiranya monitor anda menjadi gelap untuk seketika.

Proses Loading Yoonic.tv
Proses Loading Yoonic.tv

Sama seperti Joost, anda juga memerlukan ID untuk log masuk kedalam Yoonic.tv. Tetapi, buat masa terdekat ini, anda boleh mendaftar secara percuma tanpa sebarang invitation atau bayaran. Selesai mendaftar, anda boleh log masuk ke dalam Yoonic.tv.

Log Masuk Yoonic.tv
Halaman Log Masuk Yoonic.tv

Selesai log masuk, anda dapat melihat menu utama mereka yang mana memaparkan beberapa rancangan menarik yang terdapat dalam Yoonic.

Menu Utama Yoonic
Menu Utama Yoonic.tv

Mungkin ramai yang tertanya mengenai kelainan Yoonic.tv berbanding dengan Joost. Apa yang menariknya ialah ia menyediakan rancangan dan saluran tempatan seperti RTM1, RTM2 dan kesemua saluran Media Prima. Walaubagaimanapun, buat masa terdekat ini, hanya RTM1 sahaja yang dapat ditonton, manakala selebihnya dalam proses lagi.

Rancangan Tempatan di Yoonic.tv
Rancangan Tempatan di Yoonic.TV

Walaubagaimanapun, untuk setiap video atau rancangan yang ditonton oleh anda, ianya akan didahului oleh iklan penaja. Iklan ini disediakan supaya para penonton tidak bosan menunggu rancangan kegemaran mereka sementara loading.

Iklan di Yoonic.tv
Contoh iklan di Yoonic.tv

Dan satu lagi fungsi menarik ialah, sama seperti Astro, anda dapat melihat info-info berkaitan rancangan atau saluran yang anda sedang tonton.

Al-Jazeera di Yoonic.tv
Contoh Paparan Info. *Gambar video tidak kelihatan disebabkan faktor teknikal semasa di screenshot.

Suatu lagi inovasi daripada Syqic untuk pengguna tempatan. Oleh kerana Yoonic.tv masih dalam peringkat beta, mungkin mengalami sedikit masalah. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi pihak berkaitan dan memberitahu mengenainya.


Pra-Alpha Opera 10.5 Sedia Di Uji
Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia
Aplikasi Mudah-Alih EightBit.Me Kini Dalam Pembangunan
Symbian Kekal Sistem Operasi Mudah-Alih Popular Sepanjang 2011
Facebook Kini Membolehkan Anda Mencabar Rakan-Rakan Bermain Catur

15 Komen

  1. Mohd Ismail pada 02 Jul 2008

    gila kool siot mende ni… aku da download ngan pakai.. skang tgh layam WOW TV.. ha ha ha

    • admin pada 03 Jul 2008

      huhu…pasnie dah takyah gune tv..haha

  2. mazudi pada 02 Jul 2008

    Macam best ni.
    Takder channel Astro ker?
    haha.

    Downloading…

    • admin pada 03 Jul 2008

      channel astro cam aljazeera sumer tue ada.. :D

  3. Fahmishah pada 02 Jul 2008

    aku download sekarang jugee!

    • admin pada 03 Jul 2008

      download, jgn tak donlot..huhu

  4. Abdul Rashid Basar pada 02 Jul 2008

    Dah cuba tapi siarannya tersekat-sekat….ARB Dagang

    • admin pada 03 Jul 2008

      mungkin tenet slow kot. tm cam ada problem sehari dua nie.. :D

  5. titan pada 03 Jul 2008

    sekarang juga aku try dan download.

  6. Sheikh Adnan pada 21 Sep 2008

    saya tengah download sekarang ni,mesti cuba dulu

  7. ijam pada 03 Jan 2009

    kat mana nk dapat setup yoonic nie

    • aMaNz pada 03 Jan 2009

      try usha kat web rasmi dia..

  8. ijam pada 03 Jan 2009

    bagilah setup dia

    • alimz pada 30 Nov 2009

      kat mana nk download


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader