31Aug

Jaiku Kini Di Server Google

Google

Setelah sekian lama Google membeli Jaiku, salah satu servis mobile-blogging sama seperti Twitter, kini Jaiku secara rasminya telah berpindah ke server Google. Untuk menggunakan Jaiku, buat masa ini, anda perlu mendapat invitation atau jemputan daripada rakan-rakan anda yang telah pun berdaftar di Jaiku. Kini, Jaiku menawarkan jemputan tanpa had kepada setiap penggunanya, dan tidak lagi seperti sebelum ini, yang mana ianya mempunyai had jemputan bagi setiap pengguna.

Selain daripada itu, Jaiku masih menyokong sistem SMS, dimana anda akan mendapat SMS setiap kali rakan anda mengemas-kini profail mereka. Baru-baru ini, Twitter telah menghentikan servis SMS mereka disebabkan kos yang amat tinggi ditanggung oleh mereka. Mungkin Jaiku boleh meneruskan perkhidmatan SMS mereka kerana mereka ditanggung sepenuhnya oleh Google.

Bagi sesiapa yang inginkan jemputan Jaiku, tinggalkan komen pada artikel ini, dan saya akan hantarkan emel jemputan secepat mungkin. Sekiranya anda merupakan ahli Jaiku, anda boleh menambah saya atau mengikuti perkembangan saya melalui Jaiku.


Chrome Experiments : Gabungan JavaScript dan Chrome
Google Earth Kini Dioptimasikan Untuk Android
#PRENG - Dari Twitter Ke Rancangan Video Sendiri
Google Menguji Rekabentuk Halaman Log Masuk Yang Baru
Pelajari Pelbagai Tips Berkaitan Google Analytics Melalui Seminar Percuma Oleh Google Malaysia

8 Komen

  1. rasso pada 31 Aug 2008

    Invite wa bro..

    ;)

  2. Extremist Thinker pada 01 Sep 2008

    invite akoo. mcm best ke mcm tak best? tue email ko sorang je nmpk. slmt berpose!

  3. Junaidix pada 01 Sep 2008

    Jaiku.. macam “Jakun” jer.. hehe

  4. penyubiru pada 01 Sep 2008

    cam menarik nie!

    aman, invite aku plsss.. hehe.. thanks.

  5. iter pada 02 Sep 2008

    sy nak… pls invite me..

  6. rozita pada 30 Sep 2008

    eeeeeeeemmmmmmmmmmmmmm menarik
    sy nak

  7. aMaNz pada 30 Sep 2008

    okay. dah send tuk semua. :D


Trackbacks/Pingbacks

  1. RahsiaBlogger.com » Blog Archive » Jaiku Lebih Menarik Dari Twitter

Tinggalkan Komen Anda