31Oct

BuddyPress Memperkenalkan Tema Baru

Web 2.0

BuddyPress ialah salah satu projek pembangunan daripada pihak Automattik yang mana membangunkan WordPress. Berlainan dengan fungsi WordPress untuk menulis blog, BuddyPress pula lebih kepada fungsi laman sosial.


Laman Percubaan BuddyPress

Walaupun ianya dijangka dikeluarkan pada bulan Disember ini, pembangunan yang dilakukan oleh pihak mereka agak drastik. Malah, ramai pengguna yang telah mencubanya dengan memasang pada server mereka.

BuddyPress Testdrive yang dibangunkan oleh pihak mereka untuk menunjukkan bagaimana BuddyPress bakal kelihatan direkabentuk semula hari ini. Jikalau sebelum ini, antaramukanya agak membosankan dan tidak menarik perhatian, kini ianya berbeza. Mungkin tema yang diguna pakai sekarang akan menjadi tema default ketika ianya dilancarkan kelak.


Pra-Daftar Domain .my Jawi Akan Dibuka 24 Januari
Twitter Kini Menghantar Emel Untuk RT Dan Favourite
Facebook Bakal Membangunkan Aplikasi Desktop
MFace.ME Membawakan Platform Blog Seumpama Tumblr
Facebook Memulakan Ujian Aplikasi Facebook Messenger Untuk Desktop

2 Komen

  1. megat pada 31 Oct 2008

    wah automatic semakin menunjukkan taringnya!

  2. menteil pada 31 Oct 2008

    yalah… rasa nak mencuba jugak..
    tapi takut takde sambutan..
    dah banyak yang hebat2.. huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader