19Oct

Dulu KCBox, Kini HotPicBox

Web 2.0

Adakah anda menggunakan web luar seperti ImageShack atau Photobucket untuk hos gambar dan imej diblog anda? Jika ya, anda mungkin boleh mencuba HotPicBox, yang mana dibangunkan oleh rakyat Malaysia, malah lokasi servernya yang juga terletak di Malaysia, memastikan imej anda di load dengan lebih pantas.


Laman HotPicBox

Sebelum ini, ianya dikenali sebagai KCBox sebelum ditukar nama ke HotPicBox pada minggu ini. KCBOx dimulakan lima bulan yang lalu, namun oleh kerana penggunaan namanya yang tidak begitu menunjukkan identitinya sebagai pengehos imej, maka ianya bertukar kepada HotPicBox. Walaubagaimanapun, gambar-gambar yang di hos di KCBox tetap boleh digunakan, cuma gambar-gambar baru akan dihos di HotPicBox.

Ketika ini, terdapat sebanyak 4,988 imej dihos di KCBox, dan HotPicBox yang baru sahaj dilancarkan sudah mempunyai sebanyak 226 imej (ketika artikel ini ditulis). Sama seperti servis-servis lain, HotPicBox membolehkan pengguna memuat-naik gambar dari PC atau melalui URL sehingga sebesar 1.025 Mb. Ianya amat sesuai bagi pengguna yang inginkan gambar mereka di load dengan lebih pantas kerana servernya yang terletak di Malaysia.


Beta.my Dilancarkan - Memeriahkan Dunia Blog Teknologi Berbahasa Malaysia
68% Daripada Populasi Internet Malaysia Kini Di Facebook
Video TED Kini Turut Sama Ditawarkan Dalam Pilihan Bahasa Malaysia
Twitter Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Profil Khas Untuk Jenama Dan Organisasi
Facebook Mulakan Ujian Iklan Pada Bahagian News Feed

10 Komen

  1. menteil pada 19 Oct 2008

    owh.. bez ke? aku selalu guna phothobucket jer.. hehe

    server kat malaysia.. ok la nie..

  2. kreuger pada 19 Oct 2008

    laa…. gambar pon nak kene host kat tempat lain ker?
    ingatkan file jer hosting kat tempat lain… ape jadik kalau kite load jer
    gambar tuh kat blog? nanti space blog penuh laa ek??? ooo macam tuh~

    ok ok tq… tapi Kreuger ni malas betoi nak copy link url untuk letak gambar.
    lebih senang kalau pakai built in yang sedia ade dalam blog.

    Tapi mende macam ni lebih bagus kalau kite nak sharing PIC secara online dgan kengkawan.
    Kire senang le skit kan? Tak payah nak cosentret sumber kite simpan gambar…

    thanks for the info,
    Kreuger®

  3. flisterz pada 19 Oct 2008

    bagus.
    tapi few things yg buat aku rasa distracted. boleh ke diorang guna background image from twitter tu? and title nye design pun macam nak buat ala-ala twitter. and oh, favicon pun nampak macam lebih kurang jugak.

  4. Dekan pada 19 Oct 2008

    Pergh.. Made In Malaysia. Bagus2. Boleh maju ni. :)

  5. ihateher pada 19 Oct 2008

    ehm..biasa pkai imageshack aje. simple dan senang. ehm. tapi cam besh je..

  6. Azizan pada 19 Oct 2008

    Thx to abg amanz.
    Who was willingly to post my site ask a new topic today.
    Actually twitter background and icon was made accidentally because my webmaster didnt came yet with new idea yet. But for at moment it will temporary use it.
    I hope u guys will continue support Malaysian image hosting.

    p/s
    A success man is succeed by following an another success man. It is a cycle.
    What you have now , most probably was others idea for long time.

  7. Mohd Ismail pada 19 Oct 2008

    aku start gunakan HotpicBox tuk OhBulan! & 5minit =) jimat bandwidth & sokong barangan buatan Malaysia..

    harap akan kekal selama-lamanya…

  8. shaxx pada 23 Oct 2008

    baru tau ni… boleh try… free kan?

  9. Mohd Ismail pada 31 Oct 2008

    apa kes HotPicBox? semalam xleh upload.. hari ni suspended terus.. pakai shared hosting ke apa.. he he

  10. ayam pada 21 Nov 2008

    ha,aritu kami ade problem sket.lpe nak chmod folder images tu.tu pasal la x bleh upload.hehe.

    pasal suspend tu,problem sket,sbb kami baru pindah ke VPS skrg.ip dedi skrg ni.

    pasal design mcm twitter tu,mmg sebijik pon.haha.
    aku bz sket la nak ubah² ni.tu just temp je.nnti aku ubah eh ble aku dh abes baja.hehehe.

    p/s:kami amat memerlukan sokongan dari yg sprti anda.hehe


Tinggalkan Komen Anda