Cari @ Amanz

Google sudah pun mengeluarkan versi terkini pelayar web mereka – Google Chrome 0.3.154.9, dan sekiranya anda menggunakan pelayar web tersebut, Chrome anda akan dikemaskini dalam beberapa hari ini.

Versi terkini ini menyelesaikan beberapa masalah yang didapati pada versi sebelumnya. Antara masalah utama yang diselesaikan adalah:

  • Address Spoofing. Masalah penipuan URL diselesaikan pada versi terbaru ini. Sebelum ini, sesuatu laman boleh menipu pengguna dengan memperlihatkan URL lain pada address bar, dan memperlihatkan halaman dari URL lain.
  • Spell Checker. Kini, perkataan yang disalah eja di tempat input teks (seperti komen, forum dan sebagainya) akan digaris merah dibawahnya, sama seperti di Firefox. Anda juga boleh menambah perkataan baru pada kamus yang dibina padanya, untuk tidak mengariskan beberapa perkataan yang tidak terdapat pada kamusnya.
  • Penggunaan touchpad pada laptop kini disokong sepenuhnya.
  • Selain daripada itu, prestasi dan keupayaan pelayar web dipertingkatkan, dengan sokongan plugin Flash, Silverlight, QuickTime, dan Windows Media. Kini anda tidak lagi perlu mengenai video yang tidak load ketika anda sedang menonton.

    Google Chrome diperkenalkan Google pada akhir bulan September dan telah mengeluarkan beberapa versi baru sejak daripadanya. Chrome adalah salah satu projek sumber terbuka. Sehingga sekarang, Chrome terdapat untuk versi Windows dan Google sedang mengusahakannya untuk platform lain.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd