Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google sekali lagi mengemas-kini pelatar web mereka – Google Chrome. Selepas 12 hari melepaskan Google Chrome 0.3.154.0, kini versi terbarunya, Chrome 0.3.154.3 boleh dimuat-turun.

Google Chrome 0.3.154.3 Sedia di Muat-Turun [via]
Melalui versi terkini pelayar Google ini, beberapa permasalahan telah diselesaikan, dan antaranya ialah;
Sepanjang minggu ini, beberapa pelayar web yang telah mengeluarkan versi terbaru perisian mereka. Semalam, Mozilla memperkenalkan Firefox 3.1 Beta 1, dan sebelumnya Flock memperkenalkan Flock 2.0. IE8 masih belum dikeluarkan oleh pihak Microsoft, dan terdapat ura-ura mengatakan ramai yang masih belum mencuba IE7. Untuk senarai penuh kemaskini Google pada pelayar webnya, anda boleh merujuk di laman rasmi mereka.