29Oct

Google Mengintegrasi Gadget Pada GMail

Google

Kini, ramai pengguna internet yang menghabiskan maasa yang agak lama pada emel mereka. Jadi, ianya menjadi satu keperluan untuk mempunyai seberapa banyak maklumat yang boleh pada aplikasi emel mereka, seperti kalender untuk mengetahui agenda dan sebagainya.


Google Gadget Pada GMail

Menyedari perkara ini, Google hari ini memperkenalkan Google Gadget pada aplikasi emelnya – GMail. Anda kini boleh menambah Gadget dari Google seperti Google Calender dan juga Google Docs pada GMail anda.

Melaluinya, anda boleh melihat agenda mesyuarat, aktiviti akan datang, ataupun dokumen yang baru diubahsuai atau dimuat-naik pada Google Docs. Google sebaik mungkin berjaya mengintegrasikan kesemua servisnya bagi meningkatkan kualiti sesuatu servis. Sebelum ini, Google berjaya mengintegrasikan Google Adsense dan juga Analytics bersama. GMail juga dibangunkan dengan drastik akhir-akhir ini seperti pengenalan emoticon, auto-reply, GMail Mobile 2.0 dan sebagainya.


GMail Tidak Boleh Di Akses Lebih 3 Jam
Fungsi Kemaskini Automatik Pada Android 2.2
Google Chrome 8 Kini Mencapai Tahap Stabil
Google Music Akan Menyokong Storan Lebih 20000 Buah Lagu?
Instagram 2.0 Dilancarkan - Membawakan Pelbagai Pembaharuan

1 Komen

  1. megat pada 29 Oct 2008

    nampaknya google semakin menunjukkan belangnya dan servis yang semakin menarik memenuhi citarasa pengguna.

    harapan aku jangan lah ianya bakal melambatkan loading untuk mengakses akaun email lak.


Tinggalkan Komen Anda