28Oct

Microsoft Melancarkan Windows Azure

Microsoft

Microsoft telah mengumumkan mengenai pembangunan versi baru Windows yang mana dijalankan menerusi internet secara terus dari server Microsoft. Sistem operasi baru ini dinamakan Windows Azure, yang mana kini lebih ditujukan kepada pembangun untuk membangunkan aplikasi baru, sebelum ianya bersedia untuk dipasarkan secara lebih meluas.


Persembahan Windows Azure di PDC 2008 [via]

Dengan pelancaran Windows Azure ini, Microsoft terpaksa bersaing dengan beberapa aplikasi dalam talian yang lain seperti Google Apps dan yang lain. Google menyediakan Google Docs, Perkhidmatan emel, Google Sites dan perkhidmatan lain dengan percuma, ataupun membayar sedikit caj perkhidmatan sekiranya ingin menjenamakannya dibawah nama domain anda. Microsoft juga menyediakan video khas untuk Windows Azure ini yang mana anda boleh tonton untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas mengenai produk yang bakal dilancarkan oleh Microsoft ini.


Windows 7 Di Lancarkan Di Malaysia
Yahoo! Akan Mula Menggunakan Enjin Carian Bing
Selepas Mango, Kemaskini Windows Phone 8 Akan Dikenali Sebagai Apollo?
Pembangunan Windows 8 Beta Semakin Hampir
Windows 8 Membawakan Sokongan VHD Dan ISO Terbina Padanya

2 Komen

  1. Hamdi pada 28 Oct 2008

    apa yang best pasal ini platform?
    adakah dia adik beradik ngan silverlight?

  2. reddebt pada 28 Oct 2008

    ehm..bagusla. tapi tak tahu ramai yang dah try ke lum..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader