Mozilla Fennec – Firefox Versi Mudah Alih
Setelah mengeluarkan Firefox 3.1 Beta 1 pada awal minggu ini, hari ini pihak Mozilla telah mengeluarkan pelayar web Firefox mudah alih yang dinamakan Fennec. Buat masa ini anda boleh mencuba versi Alpha 1 yang dikeluarkan khas untuk pengguna Nokia N810 Internet Tablets.

Pandang Pertama Mozilla Fennec Alpha 1Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai gajet tersebut, anda masih boleh mencubanya di PC anda yang menggunakan Windows, Linux ataupun Mac. Mozilla mengeluarkan versi untuk PC agar para pembangun yang tidak mempunyai Nokia N810 boleh membangunkan aplikasi disamping membantu menambah-baik perisian Fennec ini.
Antara perkara menarik pada Mozilla Fennec adalah:
- Akses pantas ke pelbagai enjin carian.
- Fungsi Tab yang memperlihatkan thumbnail laman web.
- Penghalang Pop-Up.
- Pengurus kata laluan.
- …dan pelbagai perkara menarik lagi.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti oleh pihak Mozilla sendiri seperti penggunaan masa yang agak lama untuk loading sesuatu laman web, tidak boleh menggunakan plug-in, dan folder bookmark yang masih belum digunakan sepenuhnya.
Salam bro aman,
lame sungguh kreuger tak dengar berite.
ehehehe… maklumla selama ni Kreuger dok jadik silence reader kat sini.
tak berani nak mengomel… maklum laa kite ni noob ladam bloggging…
wahahaha… tapi proud bile bro datang berkunjung kat blog Kreuger.
timer kasih laa bebanyak… ilmu yang bro curahkan kat blog bro ni,
amat-amat Kreuger hargai… dah lame dah Kreuger followup blog ni,
tapi tak letak link sebab bro otaimer… ehehe… kalau sudi, Kreuger nak xchange link.
Worait bro… timer kasih.
Kreuger®
Haik… macam mane tak terkeluar plak komen tadik???
Ade buat moderator coment ke bro?? ekekek
So xceli Kreuger nak ucap timer kasih utk bro sebab datang ke blog Kreuger.
Segan jugak bile dapat kunjungan dari OldTIMER macam bro ni…. *series~
Kreuger dah lame follow blog bro ni, tapi tak berani nak komen-kemen…
maklum la Kreuger ni noob dalam blogging. So banyak information kreuger
dah dapat dari blog bro ni. Selama ni Kreuger juzz a silence reader ekeke~
Terima kasih bro~ Link bro, Kreuger dah letak kat ruangan link kat blog Kreuger.
Kreuger®
pakcik kreuger da gila… mwahahahhaahahahahhaahahaaaaa *cabutt