25Oct

Mozilla Minefield – Pelayar Terpantas Di Dunia?

Perisian

Sudahkah anda mencuba Firefox 3.1 Beta 1 tempoh hari? Jika ya, anda mungkin perlu mencuba Mozilla Minefield yang dikatakan oleh orang ramai sebagai Mozilla Firefox 4. Tetapi, versi cubaannya yang baru menamakannya sebagai Mozilla Firefox 3.2.


Antaramuka Minefield Serupa Seperti Firefox

Minefield masih dalam pembangunan, dan versi cubaan yang sedia dimuat-turun adalah untuk cubaan sahaja. Jadi, mungkin terdapat pelbagai masalah yang timbul ketika penggunaannya. Seperti versi cubaan yang lain, ianya tidak menyokong beberapa extenstion Firefox. Walaubagaimanapun, anda boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan satu extension khas – Nightly Tester Extension.

Bagi saya, ianya kelihatan lebih pantas daripada Mozilla Firefox 3.03, tetapi saya tidak merasai sebarang perubahan kelajuan berbanding Mozilla Firefox 3.1 Beta 1. Mungkin hal ini disebabkan masalah kelajuan internet yang digunakan oleh saya. Walaubagaimanapun, beberapa pengguna yang telah mencuba Minefield pada komputer mereka mengatakan ianya amat pantas dibandingkan dengan semua pelayar web. Malah ada yang mengelarkannya sebagai pelayar web terpantas di dunia.


Mozilla Firefox 3 Di Lancarkan
Lupakan Firefox 3.1, Kini Firefox 3.5
Mozilla Menguji Cara Log Masuk Baru Menggunakan BrowserID
Aplikasi Android Golden Screen Cinemas Diperkenalkan
Ked.ai Untuk iOS Diperkenalkan - Memudahkan Proses Memuat-Naik Gambar

5 Komen

  1. nurusha pada 25 Oct 2008

    ehm, belum cuba. biasa pakai mozilla je.

  2. aeropama dot com pada 26 Oct 2008

    minefield? hmmm… aku tunggukan versi yang sudah sempurna. malas lagi aku nak pakai versi percubaan. sudah terkena dengan chrome dahulu. cukuplah. habis makan space & memori lappy aku satu hal. crashkan beberapa software dan registry aku. sakit hati aku dibuatnya

    ps: aku lebih selesa guna ff3 & safari

  3. kita pada 26 Oct 2008

    wahhhh…..makin gila a mozilla firefox ni…bagus ler

  4. khai pada 29 Oct 2008

    ala, kalau terpantas di dunia pon, setakat cepat 1 2 sekon, aku x kisah pon… ape sangatlah kan..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Office 14 - Aplikasi Pejabat Dari Microsoft

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader