15Oct

MyAds – Platform Pengiklanan MySpace

Web 2.0

MySpace hari ini memperkenalkan platform iklannya yang tersendiri untuk para pengiklan kecilan yang dipanggil My Ads. Melalui platform My Ads, para pemilik laman web atau individu yang ingin iklankan produk mereka boleh menggunakannya untuk beriklan di laman MySpace.


Antaramuka Laman MyAds

Melalui MyAds, para pengiklan boleh meletakkan iklan mereka dari serendah $25 hingga setinggi $10000. Ianya mungkin platform yang amat sesuai untuk para penjual produk berkaitan lagu ataupun produk-produk yang digunakan oleh pengguna remaja dan sebagainya.

MySpace turut menggunakan khidmat pengiklanan daripada Google disamping menggunakan enjin carian Google pada lamannya. Selain MySpace, Friendster turut menggunakan khidmat enjin carian dan pengiklanan daripada Google. Facebook baru-baru ini telah menggunakan khidmat carian daripada Microsoft untuk lamannya.


WordPress 3.0 Beta 1 Sedia Di Uji
Kini, Anda Boleh Muat-Turun Informasi Dari FB
Laman Nuffnang Ditutup Oleh Pihak Nuffnang Buat Sementara Waktu?
Pirate Bay Bakal Berhenti Menawarkan Torrent Sebulan Dua Lagi
Solve For X - Adakah Jawapan Kepada Google X Yang Dinantikan Selama Ini?

Tinggalkan Komen Anda