27Oct

MySpace Mencuba Profail 2.0

Web 2.0

MySpace teruskan pembaharuan lamannya dengan memperkenalkan rekabentuk profail yang baru dan juga editor yang baru. Melalui percubaan yang baru ini, para pengguna boleh drag dan drop modul, mencuba pelbagai tema yang baru menggunakan aplikasi flash yang menarik.


Pilihan Untuk Menggunakan Profail 2.0 di MySpace


Pilihan Untuk Menggunakan Profail 2.0 di MySpace

Walaubagaimanapun, ianya masih belum diaplikasikan sepenuhnya ke laman utama MySpace. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu ke MySpace Kanada, dan seterusnya pilih Edit Profile dan anda akan diberikan pilihan untuk mencuba Profail MySpace 2.0 yang baru.

Sebelum ini, MySpace memperkenalkan rekabentuk baru. MySpace juga pernah memenangi anugerah web terburuk ketika ianya menggunakan rekabentuk laman yang lama. Kini, nampaknya seperti MySpace sedang cuba membuatkan lamannya menarik minat pengguna, disamping bersaing dengan Facebook yang menggunakan rekabentuk yang bersih.


Che Det Kini Menggunakan Movable Type
Nuffnang Memperkenalkan Rekabentuk Serba Baru
MOHE Memperkenalkan Forum Untuk IPTA dan PTPTN
Google Sekali Lagi Ingin Mencuba Nasib Di Arena Sosial
FakeFreelance Menggunakan Video Dalam Penyampaian Tutorial

4 Komen

  1. Fahmishah pada 27 Oct 2008

    aku lebih selesa dengan wordpress, myspace bagi aku terlalu serabut.
    facebook pula bg aku complicated.

  2. megat pada 28 Oct 2008

    dalam senarai keseluruhan jaringan sosial yang wujud, aku lebih tertumpu kepada facebook sahaja. mungkin ianya menarik tetapi agak berat proses loadingnya.

    hidup wordpress!

  3. reddebt pada 28 Oct 2008

    better facebook atau friendster. mudah dan simple.

  4. khai pada 28 Oct 2008

    Fahmishah, ape persamaan myspace dan wordpress?

    Neway, Myspace? Boooo….. Zaman Facebook dah sekarang ni… walaupon facebook dah pakai theme baru yang ntah ape ape…

    Myspace pernah dapat anugerah web terburuk? Hahahaha… Pity Tom..


Tinggalkan Komen Anda