-
Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi
Setelah sekian lama membangunkan perisian sistem operasi Windows yang baru bawah nama kod “Windows 7″, hari ini, secara rasminya ia dinamakan Windows 7. Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengapa ianya dinamakan Windows 7. Ianya dinamakan kerana ianya menggunakan Windows 7.0. Sebelum ini, Vista menggunakan Windows 6.0. Walaubagaimanapun, versi betanya masih menggunakan versi 6.1 sama seperti Windows Server 2008.

Windows 7 Di Jangka Berada Di Pasaran Pada Awal 2010 [via]Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi baru dalam Windows 7 masih belum di perkenalkan oleh pihak Microsoft. Tetapi, ianya dijangka akan diberitahu kepada orang ramai dalam beberapa minggu akan datang melalui beberapa acara seperti PDC dan WinHec. Walaubagaimanapun, beberapa fungsi dan perkara baru yang akan diperkenalkan dalam Windows 7 adalah seperti Internet Explorer 8, Windows Media Player 12, Microsoft Paint yang serba baru, tema Aero sama seperti Vista, Windows PowerShell V2 and Integrated Scripting Environment (ISE) dan pelbagai perkara baru yang lain. Windows 7 dijangka akan mula berada di pasaran pada awal 2010.
Beberapa jam setelah Microsoft mengumumkan nama rasmi Windows 7, pelbagai pihak dan penggunanya tidak berpuas hati dengan namanya. Ada yang mengatakan ianya akan kelihatan lebih menarik sekiranya ditulis seperti Windows Seven, Windows Vii dan sebagainya. Sekiranya anda perhatikan, kini lebih banyak perisian dan aplikasi yang dikeluarkan dengan nama-nama yang lebih menarik perhatian seperti Intrepid Ibex, Snow Leopard, Android dan macam-macam lagi.
13 Komen
Trackbacks/Pingbacks
- Windows 7 - Vista Yang Lebih Baik?
- IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Windows 7
- Windows 7 « Dupahang’s Weblog
wahhh windows 7 ek. mcm best je. hehe
Haih.. tiru company aku plak nak pakai 7 ni.
Vista pon aku tak pakai lagi, inikan pule nak terus ke Windows 7. Kidding me? Cube la dorg ni buat Windows yg lightweight skit. Kan senang.
baru je guna vista ultimate dah kuar windows 7 plak… alahai…
Dulu masa windows 2000 keluar, aku refuse nak panggil dia windows 2000, sebaliknya aku panggil NT 5.0
Akhirnya dia balik asal.
aku semakin hilang sabar dengan windows :p
hmmm… tak sabar nk tgk mcmana features terbaru w7 ni. skrg aku pkai vista untuk laptop aku, so far ok jek. takda masalah berat pun…
aku pun masih guna XP dengan Ubuntu. Huhu
Baguslah,boleh ganti vista yg org cakap banyak problem…tahlah aku pun tak pasti…mcm ok jer tapi yg pasti berat sikit dan agak susah nak explore….benda baru katakan….samalah nanti mcm Win 7 tak caya tunggulah
aku dh gune la Windows 7 ni..
best giler features die..
cantik plak tu grafik..
best sangat..korg sumer jgn jeles,
sbb windows provide 2.5 million je satu dunia..
n aku salah sorang..bangge gle arr..
downlaod je windows 7 yg pirate
xpyh nk bli yg ori