• Negaraku! – Selepas 100 Hari

    Hari ini, genap 100 hari laman Negaraku! dilancarkan sebagai laman bookmark yang mana menggunakan Pligg sebagai CMS utamanya. Sebelum itu, laman Negaraku! merupakan laman berita yang mana kemudiannya dipindahkan ke subdomain News.


    Laman Tanda Sosial – Negaraku!

    Apa yang menariknya, berbeza dengan laman-laman yang seumpamanya yang lain seperti Layan dan RockYourVote, Negaraku! menyediakan plugin khas untuk pengguna WordPress (yang mana diguna pakai oleh rakyat Malaysia dengan banyak), dan koding khas untuk Blogspot dan juga laman web yang lain.

    Namun begitu, laman Negaraku! masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti;

  • Menjadikan gambar yang ditambah diresize sebagai gambar yang kecil dan diapungkan di sebelah kanan tajuk artikel. Mungkin lain orang lain citarasanya. Gambar pada entri yang ingin diundi tidak dilihat sebagai perkara yang begitu menarik. Mungkin juga NH boleh membuatkan halaman tetapan pada laman Negaraku! untuk memperlihatkan laman Negaraku! mengikut citarasa pengguna.
  • Meminimumkan undi yang perlu didapatkan untuk diperlihatkan pada halaman utama. Sebelum ini, jika tidak silap, ianya memerlukan hanya 5 undian untuk diperlihatkan pada halaman utama. Kini, terdpaat artikel melebihi 20 hari masih diperlihatkan pada halaman utama. Ianya menjadikan Negaraku! kurang menarik.
  • Meminimumkan penggunaan iklan pada bahagian header. Mungkin boleh menambah iklan pada bahagian sidebar dan sebagainya. Dua iklan (Adsense dan Nuffnang) menjadikan ianya sedikit berat untuk diload
  • Selain daripada itu, perkara lain yang diperkenalkan oleh Negaraku! amat menarik. Mungkin juga pihak pembangun laman berkenaan boleh memperkenalkan widget yang menunjukkan artikel terhangat pada sesuatu hari yang mana boleh ditambah pada blog para penggunanya.

    Negaraku! merupakan antara laman sosial tempatan yang berjaya. Ia berjaya mendapat lebih 1000 pengunjung pada hari pertama ianya dilancarkan. Artikel pertama yang dihantar bertajuk Negaraku! – Hungry for Traffic? telah mendapat sebanyak 84 undian ketika artikel ini ditulis. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 300 artikel yang berjaya diperlihatkan pada halaman utama laman Negaraku!.

    Negaraku! mempunyai PR3, 13,573 pautan kembali daripada Yahoo!, dan kedudukan ke-396,979 di Alexa.

13 Komen

  1. NoktahHitam on 30 Oct 2008

    Sekarang dah ade draft baru untuk Negaraku.net. Namun belum ade mase untuk merealisasikan lakaran ke laman web sepenuhnya.

    1. Setuju. Cadangan yg baik. Akan diusahakan dalam masa terdekat.

    2. Sekarang perlu 10. Dahulu 5, kemudian 7. Bukan ape, kadang terlalu cepat sesuatu berita tu muncul, kadang terlepas pandang. Tapi ini masih dalam process experimentasi.

    3. Header tu tade orang click pon. Sekarang dalam process untuk mendapatkan pengiklan korporat, jadi bole lupekan la adsense, NN dan ADV.

    Terime kasih atas cadangan. Ade gak orang amek kesah pasal projek ni. Terharu babe.

  2. NoktahHitam on 30 Oct 2008

    Statistik ringkas,

    Pengguna – 445 orang
    Hits harian – 1500 – 3500.
    Masa di habiskan (average) – 2 min 31 saat
    Jumlah Tabung Terkumpul – RM 330 (utk aktiviti kebajikan Negaraku!)

  3. melayubuntu on 30 Oct 2008

    aku rasa bnda plg bez pasal negaraku ialah yg bab plugin tu..
    bendalah tu mmg jd garis pemisah negaraku ngn laman lain yg sama fungsi…

  4. KNizam on 30 Oct 2008

    gambar masa posting tuh kena kecikkan aku setuju! hehe

  5. MK on 30 Oct 2008

    Memang ada perkara yang nak cakap untuk menambah baik Negaraku, cuma takde ruang lagi (tak terfikir lak nak dijadikan entri). Good job Aman.

    Berkenaan dengan point Aman:
    1. Setuju. Sesetengah orang suka submit gambar yang kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil. Ada yang align center, ada lak yang align left. Sesak.
    2. Pun setuju. Boring gak bile pergi main page, artikel-artikel yang lama je. Kalau tengok Reddit, tak semestinya top article je yang letak kat depan. Mungkin developer boleh tengok source code Reddit (Reddit adalah open source) dan lihat algoritma dia cam mana.
    3. Hmm, the ad don’t really bother me much. But it could use a better placing.

    Point tambahan dari aku:
    1. Aku tak pernah klik pada kategori. Tatau nape, tapi dia tak memberi impak pun. Mungkin harus reorganise balik kategori, dan letakkan dia pada tempat yang lebih obvious.
    2. Kat ruangan members online tu, avatar2 tak sama saiz. Kadang-kadang ada je image yang break. Tak lawa.
    3. Perkataan “read more” to rasanya tak perlu. Readers can click on the out link instead (lagipun “read more” tu jadi tak lawa bila letak sebelah gambar).

    Er, banyak lak demand aku. Kalau ada lagi aku emel ko je la Eddie. Keep up the good work NH!

  6. shaxx on 30 Oct 2008

    Negaraku! Syiok!!!

  7. rohaizad on 30 Oct 2008

    Aku support dan sebagai pemerhati, aku puas hati.

  8. topo on 30 Oct 2008

    hohoho negaraku memang best!!! ooo kena ada 10 vote ek sekarang baru boleh masuk paparan utama.. patut la post aku dah lama tak masuk main page.. hohooh

  9. Fahmishah on 30 Oct 2008

    Aku buka negaraku.net untuk baca news saja, kadang2 ada juga submit entri. tapi tak selalu.

  10. megat on 31 Oct 2008

    terima kasih atas entri ini amanz. aku baru terfikir nak beri pandangan pada negaraku! aku rasa bangga ada anak tempatan yang dapat capai sampai tahap ini.

    tahniah juga kepada pengasas negaraku!

    aku juga setuju dengan apa yang kau senaraikan. mungkin pengasas pelu menitikberatkan antaramuka negaraku! pula. selain mendapatkan proses load yang pantas dari sebelum ini.

    hanya pandangan demi mempertingkatkan mutu anak tempatan kita. syabas!

  11. eyeman on 31 Oct 2008

    i think its still cool and its made from malaysian people. So, i like it. Maybe will use it for my blog.

  12. Sweet Thinker on 05 Nov 2008

    lama dah akoo x submit gambar2 separa porn kat sane. heheh


Trackbacks/Pingbacks

  1. plugin yang topo gunakan dalam topotato.com | topotato.com

Tinggalkan Komen Anda

Atas