Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sudah sekian lama tiada laman baru yang dibangunkan khas untuk pengguna tempatan. Negaraku, MsjBox, dan ShoutMix antara laman web 2.0 yang berjaya menambat hati pengguna-pengguna tempatan. Kini, satu lagi laman sosial memasuki arena internet tempatan dengan nama Ikon.my. Adakah ianya akan berjaya menambat hati rakyat Malaysia?

Antaramuka Laman Ikon.my
Sebelum ini, terdapat beberapa laman sosial tempatan seperti MyKawan, MyRakan dan sebagainya. Ikon.my pula dibangunkan oleh Ahmad Faisal yang mana kini sedang mengikuti pengajian di Australia. Ikon.my dilancarkan pada 15 Oktober 2008. Saya masih kurang pasti dengan platform yang digunakan dalam pembangunan laman berkenaan.
Laman ini mengintegrasikan Google Maps dalam menunjukkan kedudukan tempat tinggal semasa pengguna, disamping mempunyai fungsi-fungsi biasa laman sosial seperti blog, group dan galleri. Ikon.my juga mempunyai ruangan sembang mereka tersendiri, dan juga khidmat instant messaging berasaskan web.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak pembangun adalah seperti tidak memperlihatkan pilihan apa yang diundi oleh pengguna. Sebagai contoh, melalui satu topik undian yang dijalankan, kita boleh melihat apa yang diundi oleh pengguna-pengguna lain. Selain daripada itu, ianya akan kelihatan lebih baik sekiranya pembangun laman tersebut – Ahmad Faisal menggunakan nama sendiri pada laman profail beliau berbanding dengan nama nick – MrAhFa. Mungkin beliau juga perlu bangunkan laman blog khas untuk laman Ikon.my. Mungkin rekabentuk laman juga perlu dibaiki sedikit. Di samping itu, sekiranya ianya masih dalam proses pembangunan, mungkin beliau boleh menambah perkataan beta atau alpha pada logo laman tersebut.
berminat tgk design dia.. tp x berminat nk daftar..
IDEA – daripada setup laman sosial baru (yg pastinya memerlukan pendaftaran baru), apa kata setup satu website yg boleh import semua maklumat dari Friendster/MySpace/Facebook… just one click, dan semua connection dlm semua laman sosial ade kat satu tempat..
menda tue sudah pun dibangunkan mael – FriendFeed
wah, terima kasih amanz sebab sudi review ikon.my di dalam page yang cantik ni, semoga kita semua berjaya dengan apa yang kita usahakan ya?
Salam dari bumi kanggaroo gitu
menarik… akan dipertimbangkan…
banyak sgt dah website seperti tu sekarang ni….cuma design jer yang lain…so kalau nak maju kena cari kelainan or ada identiti tersendiri
malas nak daftar….
da daftar tapi tibe2 akaun hilang.. aduh..
ok2 jelooooooooooo………….huhuhuh