29Oct

Windows 7 – Vista Yang Lebih Baik?

Microsoft

Windows 7 yang bakal keluar tidak lama lagi dilihat lebih menepati citarasa pengguna, dan ada beberapa pihak yang mengatakannya sebagai Vista yang diberi nafas baru.

Sekiranya pada Vista dan versi-versi sebelum ini, sebaik sahaja lepas boot, anda akan dibawa ke Welcome Screen, dalam Windows 7, para pengguna akan terus dibawa ke panel log-masuk Windows Live Messenger. Selain daripada itu, seperti yang dijanjikan sebelum ini, Windows 7 tidak akan menyertakan sidebar sepertimana yang diperkenalkan pada Windows Vista. Walaubagaimanapun, ianya masih menyertakan Gadget yang mana boleh diletakkan pada mana-mana bahagian di desktop.


Windows 7 Memperkenalkan Fungsi Bluetooth [via]

Windows Security Center pula diintegrasi sepenuhnya kedalam Control Panel, selain turut memuatkan fungsi Bluetooth dimana kita boleh transfer fail antara gajet kita dan komputer. Windows 7 juga memperkenalkan fungsi melihat keadaan PC kita dalam antaramuka yang menarik. Windows 7 juga bakal menyertakan Internet Explorer 8.

Windows 7 dijangka menemui pasaran pengguna pada awal tahun 2010. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ura-ura mengatakan versi beta untuk Windows 7 bakal dikeluarkan awal tahun depan.


Office 2010 Percuma Dari Microsoft - Office 2010 Starter
Visual Studio 2010 dan .NET Framework 4 Di Lancarkan
Microsoft Memperkenalkan Kin One dan Kin Two
Windows 8 Akan Memperkenalkan Sistem Fail Protogon?
Ulasan : Windows 8 Developer Preview

3 Komen

  1. menteil pada 29 Oct 2008

    masih setia dengan XP.. huhu..

  2. Mr Am pada 29 Oct 2008

    vista ultimate.. :D

    nanti nak jugak aku pakai windows 7 ultimate ni..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Windows 7 Pre-Beta Kini Di Laman Torrent

Tinggalkan Komen Anda