18Oct

WordPress 2.7 Beta Bakal Sedia Untuk Di Cuba

Web 2.0

Hari demi hari, pihak Automattic membuat pelbagai inovasi untuk menepati citarasa para pengguna WordPress. Terkini, mereka dalam proses membangunkan versi 2.7 untuk WordPress yang mana bakal memperkenalkan rekabentuk panel admin yang baru. Kali terakhir mereka memperkenalkan rekabentuk baru adalah pada versi 2.5.


Halaman Menulis Post Pada WordPress 2.7 [via]

Antara perkara baru yang bakal diperkenalkan melalui WordPress 2.7 adalah:

  • API kemaskini tema, sama seperti yang dilakukan untuk plugin
  • Membalas balik komen melalui panel admin
  • PHPXref dihost pada laman WordPress.org
  • Pautan pantas papan kekunci untuk approve komen.
  • Pelayar komen dimasukkan sekali, beserta dengan satu-klik untuk pemasangan.
  • …dan pelbagai perkara baru lagi.
  • WordPress 2.7 versi percubaan atau lebih dikenali sebagai beta akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh pihak Automattic. Tetapi, sekiranya anda ingin mencuba, anda boleh memuat-turun fail pembangunan WordPress terkini. Anda boleh mencubanya pada localhost, tetapi tidak dicadangkan untuk digunakan pada laman blog anda yang sedang berjalan.


    InfoMalaya : Kini 3 Tahun Di Persada Internet
    Bayar Tiket Wayang GSC Menggunakan PayPal Melalui Maxis Movies
    Joomla 1.7 Akan Dilancarkan Pada 10 Julai Kelak
    Facebook Tidak Lagi Memperlihatkan Peranti Yang Digunakan Untuk Kemaskini?
    Dua Fungsi Utama Pada Facebook Music Mula Kedengaran

    2 Komen

    1. aeropama dot com pada 18 Oct 2008

      memang cun. aku dah test drive WP baru ni.

      ps: kdg2 terasa terlau pantas versi baru dikeluarkan oleh pihak Automattic sampaikan aku rasa mengupdate ke versi baru adalah kerja yang membebankan. Kenapa la pihak automattic tidak keluarkan versi yg lebih stabil & punya features yg lebih advance skit? tak perlulah nak update setiap bln…

    2. ihateher pada 19 Oct 2008

      ehm. tunggu stabil dan dapat banyak review dulu. baru test drive plak. :)


    Tinggalkan Komen Anda