Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, beberapa syarikat pengiklanan internet telah pun dimulakan di Malaysia, malah ada juga yang gagal untuk bertahan. VibeCast Network Sdn. Bhd merupakan syarikat terbaru yang mencuba nasib dalam media pengiklanan internet di Malaysia melalui CastClick. Ianya bukan syarikat yang baru, tetapi telah pun dimulakan sejak bulan April tahun ini lagi. Tetapi disebabkan kekurangan promosi, ramai yang masih tidak mengetahui akan kewujudannya.

Antaramuka Laman CastClick
Sama seperti laman-laman pengiklanan yang lain, CastClick juga menyediakan pilihan yang menarik untuk pengiklan dan juga pemilik laman web dan blog. Selain daripada itu, mereka juga menyediakan pilihan bentuk pengiklanan yang pelbagai, daripada iklan teks yang biasa sehinggalah bentuk pengiklanan pop-under, peel away, dan juga iklan penuh satu laman (full-page ad). CastClick turut menyediakan option pembayaran melalui pelbagai jenis bank tempatan, dan penggunaan rekabentuk yang professional tampak meyakinkan. Walaubagaimanapun, saya masih belum nampak lagi laman yang menggunakan khidmat pengiklanan daripada CastClick.
[Kredit: MohdIsmail]
15 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
lor aku langsung tak tahu akan kewujudan pengiklan ini!?
dah sepuluh company!? aku tertinggal jauh dalam kemaskini sykt yang seangkatan dengannya ni huhu.
castclick ni macam payperclick kah?
sama dgn megat…hihhi…dok bawah tempurung betul.
nasib baik ada info ni
Waduh.. selow gile site die. Kat mane hosting ni?
yeke,x tahu pulak ada yg lain.hehehe
cuba ko letak ads dia dlu. mesti ko meletop2 nnti. hehe. jd tokey gath!
kau dah cuba Aman, mungkin a review and comparison after 2 months trial?
boleh cuba
whoa…. gua tak tau la pulak dah ader 10…. Sepuluh budak hitam.. main tepi kolam… hehehe
aku rasa company ni akan sukses sebab dia punya tawaran menari.. dan publisher boleh pilih pelbagai jenis ads. Thanks fo the infos. Baru register huhu nuffnang asyik down jer
worr..peluang baru ni…xper kita try dlu…huhu
aman castclick sudah kecundang.akhir sekali
jadi begini.
Selamat berpuasa……
bagaimana mahu mgiklankan di blog kte dan apa ganjarannya? tk
Siapa dah cuba pengiklanan Castclick? ok x? Kongsi pengalaman anda menajdi publisher.