14Nov

Cuba Sistem Komen Intense Debate Sekarang

Web 2.0

Intense Debate, laman yang mana menyediakan sistem komen yang mana sebelum ini telah dibeli oleh Automattic, hari ini telah sepenuhnya keluar daripada keperluan jemputan untuk menggunakannya.. Kini, untuk menggunakannya, anda tidak memerlukan sebarang emel jemputan.

Beberapa perkara menarik mengenai Intense Debate yang terbaru ini adalah:

  • Sync Komen Dua Hala. Komen anda disimpan pada pemasangan WordPress anda dan turut disimpan di laman Intense Debate itu sendiri. Ianya adalah untuk memudahkan anda sekiranya pada suatu hari anda berhajat untuk tidak menggunakan sistem komen Intense Debate itu lagi.
  • Integrasi Dengan Dashboard WordPress. Anda tidak perlu untuk memasuki laman Intense Debate untuk meluluskan sesuatu komen seperti sebelumnya. Kini ianya diintegrasi secara sepenuhnya pada WordPress anda.
  • Sokongan pelbagai platform. Anda turut boleh menggunakan Intense Debate walaupun anda tidak menggunakan WordPress. Platform lain yang disokong adalah Blogger, TypePad, dan juga Tumblr.
  • Pemasangannya amat mudah, malah boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja. Sebelum ini, laman aMaNz pernah menggunakan sistem komen Intense Debate, tetapi tidak lagi menggunakannya kerana lebih mengemari sistem komen WordPress yang sedia ada. Selain daripada itu, WordPress 2.7 bakal memperkenalkan beberapa penambahan pada sistem komennya. Selain daripada Intense Debate, Disqus turut menyediakan sistem komennya tersendiri.


    FaceBuzz.MY - Laman Sosial Untuk DeeJay
    Amazon Melancarkan Mac Download Store
    [Video] JellyBus Memperlihatkan Aplikasi Fotografi Di Echelon 2011
    FourSquare Versi Web Mula Menggunakan Data Dari OpenStreetMap
    Pengguna HTCSense.com Diberikan Tempoh Sehingga 30 April Sebelum Data Dipadam

    5 Komen

    1. |1f34|-|1r3 pada 14 Nov 2008

      aku perasan gak betapa menarik nyer intense debate ni…lebih2 lg utk blogger blogspot..sememang nyer diorang harus menggunakan IB utk comment form kt blogspot….mmg sangat user friendly….WP blogger kira ok lagi…pasal banyak choice…

    2. megat pada 14 Nov 2008

      suka kerja-kerja yang diujudkan oleh team automatic.

      dengan adanya sistem komen ini, ruang komentar di blog seperti blogspot semakin mudah eheh.

    3. mazudi pada 14 Nov 2008

      Tak terpikir nak guna plugin untuk komen. Macam kata kau, dah puas hati dengan sistem komen yang WordPress ada.

    4. azwan pada 19 Nov 2008

      Knizam dah try, slow katanya. worth it?

    5. abdfatah pada 31 Dec 2008

      aku pun nak try jugak laa… mungkin untuk masa depan. itupun kalo ada improvement yang lebih menarik…


    Tinggalkan Komen Anda






    Amanz Media Social Reader