06Nov

Fungsi Desktop Slideshow Pada Windows 7

Microsoft

Salah satu fungsi pada Windows 7 yang dirahsiakan oleh pihak Microsoft adalah Desktop Slideshow. Fungsi ini disembunyikan oleh Microsoft daripada salinan percubaan Windows 7 yang diberikan kepada pihak pembangun pada PDC dan juga daripada ribuan orang yang berjaya memuat-turun Windows 7 melalui laman torrent.

Melalui Desktop Slideshow, pengguna boleh menikmati imej wallpaper yang berubah-ubah dari masa ke semasa, dengan memilih gambar kegemaran anda daripada folder yang mempunyai koleksi gambar, atau menyusun gambar-gambar anda daripada folder-folder yang berlainan.

Pada Windows 7 Pre-Beta 6801 yang diedarkan kepada para pembangun di PDC, fungsi ini telah dikunci, dan boleh digunakan dengan hack sedikit perkara. Walaubagaimanapun, fungsi ini dijangka akan dibuka secara default ketika pelancaran Windows 7 secara rasmi pada awal tahun 2010.


Office.com Kini Menjadi Milik Microsoft
Office 2010 Beta Bakal Di Lepaskan Kepada Umum
Kemaskini Windows Phone "Mango" Pada September 2011
Windows Untuk Tablet Hanya Akan Diperkenalkan Pada 2012
Microsoft Menawarkan Peranti Windows Phone Percuma Kepada Pembangun webOS

1 Komen

  1. NoktahHitam pada 06 Nov 2008

    Feature slideshow tu bukan dah ade dalam XP ke? Tak ramai pon nak pakai wallpaper tu. slalu biar kosong je


Tinggalkan Komen Anda